Page 211 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 211

Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 201
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

                   Secara asasnya di dalam persoalan ini terdapat dua pandangan
                   yang utama;

                   i.  Mazhab  Hanafi:  Imam  Abu  Hanifah  berpendapat  zakat
                       hanya dikenakan ke atas pemilik tanah (al-Kasani, 2003).
                       Ini adalah kerana zakat pertanian (‘usyr) diwajibkan ke atas
                       tanah  yang  mengeluarkan  hasil  bukannya  ke  atas  bijian
                       ataupun  hasil  pertanian  (al-Sarakhsi,  1978).  Alasan  lain
                       adalah kerana ‘usyr dikenakan ke atas manfaat dari tanah,
                       dan manfaat dari tanah itu sebenarnya diserahkan kepada
                       penyewa  dalam  bentuk  bayaran  sewa,  dan  sewa  adalah
                       ganti  kepada  manfaat  yang  diperoleh  dari  tanah.  Oleh
                       kerana  itu  zakat  dikenakan  ke  atas  pemilik  tanah,
                       berasaskan  kaedah  hukum  perkara  yang  menggantikan
                       mengambil  hukum  perkara  yang  digantikan  (al-Sarakhsi,
                       1978).
                   ii.  Pendapat  jumhur  (Mazhab  Maliki,  Shafii  dan  Hanbali):
                       Jumhur  ulama  pula  berpendapat  bahawa  zakat  hanya
                       dikenakan ke atas penyewa, oleh kerana zakat diwajibkan
                       ke atas hasil tanaman bukan tanah yang mengeluarkan hasil
                       tanaman itu (Ibn Rusyd, 2009).

                   Asas  perbezaan  pendapat  dua  golongan  tersebut  adalah
                   penentuan sama ada zakat tanaman itu merupakan hak tanah
                   ataupun hak hasil tanaman, tetapi tidak ada yang berpendapat
                   bahawa ia merupakan hak keduanya. Sedangkan ia adalah hak
                   keduanya (iaitu hak tanah dan hak hasil tanaman) (Ibn Rusyd,
                   2009).

                   Penjelasan  yang  dikemukakan  oleh  Ibn  Rusyd  tersebut  juga
                   mempunyai asasnya. Oleh kerana itu, adalah wajar sekiranya
                   zakat dikenakan ke atas penyewa dan tuan tanah. Kaedah ini



                                                                          197
   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216