Page 206 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 206

196 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

                   ceramah dilakukan dalam bentuk forum, khutbah Jumaat dan
                   tazkirah  di  masjid  dan  surau-surau.  Ia  akan  diperluaskan
                   kepada  golongan  sasaran  sebenar  iaitu  petani  yang
                   kebanyakannya berada di kawasan kampung-kampung dan luar
                   bandar.

            iii.   Iklan
                   Selain  itu,  promosi  dan  dakwah  zakat  juga  dilakukan  dalam
                   bentuk kempen. Ia dilaksanakan melalui peringatan daripada
                   Tuan Imam kariah sebelum khutbah Jumaat dan penyediaan
                   teks  khutbah  berkaitan  kewajipan  zakat  padi.  Kempen  juga
                   turut  dijalankan  melalui  flyers  dan  pamflet  zakat  padi  yang
                   dilekatkan  di  semua  masjid-masjid  berkaitan  hukum  dan
                   kaedah pengiraan zakat padi serta cara pembayaran yang boleh
                   dijelaskan melalui ejen masjid. Banner juga turut dipamerkan
                   di  setiap  masjid  berkaitan  iklan  pelantikan  amil  zakat  dan
                   maklumat-maklumat berkaitan zakat dari segi kutipan dan juga
                   agihan. Menurut beliau lagi, LZNK turut bekerjasama dengan
                   Kedah  FM  untuk  segmen  “  Zakat  di  Hati”  yang  ke  udara
                   sebulan dua kali yang membincang dan mempromosikan zakat
                   di negeri Kedah. Isu yang ditimbulkan oleh pihak responden
                   tentang kurangnya iklan dan promosi zakat berkemungkinan
                   timbul akibat kurangnya interaksi petani yang terlibat dengan
                   masjid dan surau yang boleh dianggap sumber maklumat dan
                   informasi tentang zakat dari pihak LZNK.

            Pemberian Insentif dan galakan
            Kaedah memberi insentif (sesuatu galakan) adalah antara cara terbaik
            untuk  menyelesaikan  masalah  agihan  sendiri  seperti  yang  telah
            dibincangkan  sebelum  ini.  Agihan  sendiri  menimbulkan  masalah
            kepada LZNK untuk mengutip zakat dari petani. Insentif bermaksud
            hadiah daripada seseorang untuk memberi motivasi atau menggalakkan



                                                                          192
   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211