Page 205 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 205
Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 195
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
positif kepada para petani tentang kewajipan berzakat, menambahkan
pengetahuan mereka tentang zakat dari aspek nisab dan cara bayaran
serta mengurangkan salah faham dan persepsi yang tidak benar tentang
zakat dan LZNK. Hasil temu bual dengan pengkaji zakat padi di
Kedah, iaitu Prof Madya Dr Mohammad Azam Hussain yang turut
1
membangkitkan isu yang sama iaitu hebahan tentang kewajipan
membayar zakat tidak sampai kepada semua petani dan tidak memadai
sekadar hebahan kepada masjid-masjid sahaja.
Penyelidik juga telah menemu bual Ketua Bahagian Dakwah dan
2
Penyelidikan, LZNK tentang aktiviti dakwah dan penerangan
(promosi) yang dilakukan oleh unit beliau kepada para petani. Beliau
menyatakan bahawa banyak aktiviti-aktiviti dakwah dan promosi yang
telah dilakukan secara khusus kepada golongan petani untuk
meningkatkan kesedaran, kefahaman, penghayatan dan seterusnya
mendorong mereka untuk membayar zakat tanaman mereka. Menurut
beliau aktiviti-aktiviti tersebut dapat dibahagikan kepada tiga metode
iaitu:
i. Kaunter
Pihak LZNK mengadakan kaunter (booth), menyediakan
khidmat lori dan van kaunter bergerak di pasar tani, karnival
dan masjid . Selain itu kaunter juga disediakan apabila pihak
LZNK turun untuk memberikan taklimat berkaitan zakat padi
kepada petani di pusat PPK MADA.
ii. Ceramah :
Pihak LZNK turut mengadakan promosi dalam bentuk
ceramah kepada golongan sasaran iaitu petani. Ceramah-
1 Temu bual bersama PM Dr Mohammad Azam Hussain , COLGIS UUM 12.3.2020
2 Temu bual bersama Ust Abd Hadi b Abd Majid, Ketua Bahagian dakwah dan
penyelidikan LZNK, 10.2.2020
191