Page 204 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 204
194 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
tentang produk kita. Sama halnya juga dalam isu zakat, LZNK perlu
memperbaiki cara promosi untuk memastikan maklumat berkenaan
zakat pertanian khususnya sampai kepada para petani. Seperti yang kita
tahu bahawa latar belakang pembayar zakat pertanian (petani) tidak
sama dengan pembayar zakat yang lain. Disebabkan beberapa
kekangan para petani seperti umur, tahap pendidikan, waktu bekerja,
tempat tinggal dan sebagainya, maka beberapa perubahan mesti
dilakukan oleh LZNK.
Para informan juga berpandangan bahawa terdapat sebahagian
daripada petani yang mempunyai pengetahuan dan informasi yang
terhad berkenaan dengan zakat. LZNK tidak boleh mengabaikan
peranan promosi dalam perancangan kutipan zakat. Ini disokong oleh
beberapa pandangan informan seperti berikut:
“Pejabat zakat perlu memastikan maklumat zakat sampai kepada
para petani. Mereka boleh menggunakan media arus perdana seperti
televisyen radio dan lain-lain sebagai platform untuk
mempromosikan zakat pertanian”.
“Institusi formal mesti mempromosikan kepada orang ramai supaya
mereka dapat mengatasi salah faham di kalangan masyarakat
berhubung dana zakat dan pada masa yang sama akan mendorong
mereka membayar zakat”.
Para informan turut membangkitkan isu promosi berkaitan zakat
khususnya zakat pertanian yang tidak sampai secara menyeluruh
kepada para petani. Berdasarkan temu bual di atas beberapa informan
mencadangkan beberapa kaedah promosi seperti menggunakan media
arus perdana (television dan radio), pengedaran risalah (pamflet zakat),
iklan-iklan zakat di tempat-tempat strategik seperti berhampiran sawah
padi dan pintu masuk kampung. Promosi ini akan memberikan impak
190