Page 202 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 202
192 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
meningkatkan kutipan pembayaran zakat pertanian kepada LZNK
khususnya iaitu :
i. Ejen kutipan
ii. Promosi
iii. Insentif
iv. Bancian.
Ejen kutipan zakat pertanian (lantikan amil/penolong amil)
Salah satu golongan yang disebutkan di dalam lapan golongan asnaf
zakat adalah para amil (petugas-petugas zakat). Golongan amil berhak
untuk menerima zakat sebagai galakan atau motivasi ke arah gerak kerja
yang lebih amanah dan profesional. Pelbagai tafsiran yang diberikan
oleh para ulama dalam memberi makna terhadap kalimah “amil” yang
terdapat di dalam ayat Al-Quran tersebut. Imam As-Syafie juga ada
mengulas makna bagi perkataan “al-‘amilin ‘alaiha” dan menyandarkan
perkataan tersebut kepada sesiapa yang dilantik oleh pemerintah bagi
mengutip dan mengagihkan zakat. Al-Husaini (2010) daripada
kalangan ulama Syafiiyyah berpendapat “amil ialah pekerja yang
ditugaskan oleh pemerintah untuk mengambil zakat dan diserahkan
kepada mereka yang berhak sebagaimana yang diperintahkan oleh
Allah SWT”. As-Syaibani seorang fuqaha mazhab Hanbali berkata :
“al-‘amilin ‘alaiha” adalah pengutip zakat yang diutus oleh pemerintah
untuk mengambil zakat daripada pemiliknya.
Di bawah Enakmen Lembaga Zakat Negeri Kedah 2015, pengurusan
zakat di Negeri Kedah diperbadankan dibawah Enakmen 23, Enakmen
Lembaga Zakat Kedah Darul Aman. Melalui pembaharuan undang-
undang ini, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah
memberikan kuasa kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk
mengutip dan mengagih zakat di dalam negeri Kedah Darul Aman.
Lembaga Zakat Negeri Kedah ditadbir oleh seorang Ketua Pegawai
188