Page 203 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 203
Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 193
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
Eksekutif yang dipantau oleh ahli Lembaga yang melapor terus kepada
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah (Zakaria, Faisal
& Hafizah, 2019). Enakmen LZNK 2015 di bawah Peraturan-
peraturan Pelantikan Ejen Kutipan (Perkara 19 (1) (i) memberi kuasa
penuh kepada LZNK (Ketua Eksekutif) untuk melantik ejen zakat
termasuklah pelantikan amil zakat di negeri Kedah Darul Aman.
Berdasarkan temu bual yang dijalankan, pihak responden
mencadangkan agar pihak LZNK melantik ketua unit Pertubuhan
Peladang Kawasan (PPK) sebagai amil/penolong amil zakat. Tindakan
ini perlu untuk meningkatkan kutipan zakat pertanian di Kedah.
Kebanyakan responden pada dasarnya bersetuju dengan cadangan ini
kerana ia akan memberi lebih banyak pilihan kepada para petani untuk
membayar zakat padi mereka. Mereka yang selesa untuk membayar
zakat kepada imam kariah (amil) boleh pergi ke masjid manakala bagi
mereka yang tidak selesa berurusan di masjid boleh membayar zakat
kepada ketua unit PPK yang dilantik secara sah. kebanyakan petani
berpandangan bahawa ketua unit PPK harus dilantik sebagai amil/
penolong amil zakat pertanian kerana alasan yang dikemukakan di atas
seperti prestasi yang baik, mengetahui data-data hasil padi petani,
mempunyai hubungan yang langsung dan mesra dengan petani serta
berupaya mengingatkan petani tentang kewajipan berzakat dan
membayarnya kepada amil yang dilantik. Untuk makluman, sehingga
kini, sebanyak 45,500 orang peladang telah menjadi ahli PPK di semua
27 buah PPK yang berada di bawah pengurusan dan kawalselia MADA
(http://www.mada.gov.my/?page_id=2941/14.4.2020).
Promosi
Promosi bermaksud proses, kaedah atau cara, untuk memberitahu,
menyedarkan, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli
sesuatu barangan atau perkhidmatan. Ia adalah salah satu metod yang
berkesan untuk memastikan orang ramai dan masyarakat mengetahui
189