Page 208 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 208
198 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
mereka apabila mereka secara konsisten membayar zakat pertanian.
Kesimpulan daripada temu bual di atas, terdapat beberapa insentif yang
boleh diberikan kepada petani iaitu:
i. Memberi peluang kepada petani memilih asnaf
LZNK boleh memberi peluang kepada petani yang membayar
zakat padi secara konsisten kepada amil yang dilantik untuk
memilih asnaf mereka sendiri. Para petani boleh
mencadangkan senarai nama asnaf (fakir dan miskin
terutamanya) yang mereka mahu membantu di kampung atau
di kawasan tempat tinggal mereka. LZNK mungkin boleh
menyediakan beberapa produk agihan yang bersesuaian supaya
mereka boleh memilihnya seperti baucar, kit makanan, barang-
barang keperluan asasi dan produk-produk bantuan lain yang
berkaitan.
ii. Memberi hadiah kepada petani
LZNK juga dicadangkan agar memperuntukkan sedikit bajet
untuk menarik petani membayar zakat kepada mereka. Hadiah
boleh menjadi satu tanda penghargaan kepada petani daripada
pihak LZNK. LZNK boleh menyediakan cenderamata atau
cabutan bertuah kepada mereka. Hadiah yang diberikan
mestilah sesuai dengan “nature” pesawah seperti jentera, racun,
baja dan juga hadiah-hadiah lain yang berkaitan supaya mereka
dapat menggunakannya. Umum mengetahui bahawa
kebanyakan petani tidak berasal dari keluarga yang berada,
maka pendekatan ini sekurang-kurangnya dapat mendorong
dan menjadi motivasi kepada mereka untuk membayar zakat
kepada LZNK. Walaupun kita tahu bahawa zakat adalah
tanggungjawab mereka tetapi memberi hadiah sebagai
penghargaan merupakan tindakan yang wajar dan tidak
bertentangan dengan ajaran Islam sebagai satu galakan.
194