Page 209 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 209

Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 199
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            Bancian
            Amalan bancian oleh para amil mesti dipergiatkan kembali oleh LZNK
            seperti  yang  tercatat  dalam  enakmen  zakat  (lama).Dalam  Enakmen
            Zakat  Kedah,  jelas  dinyatakan  bahawa  setiap  amil  yang  dilantik
            ditugaskan  untuk  membuat  bancian  terhadap  setiap  petani  yang
            mengusahakan  sawah  padi  mereka  pada  setiap  musim  ianya
            diusahakan.  Sebelum  padi  dituai,  para  amil  akan  pergi  sekali  lagi
            menemui petani untuk mengikuti perkembangan tanaman padi yang
            sedang diusahakan sama ada menghadapi apa-apa masalah yang boleh
            menjejaskan hasil tanaman padi mereka. Setelah di kenal pasti, para
            amil  akan  melihat  sama  ada  bancian  yang  telah  dilakukan  itu  telah
            sampai atau menepati taksiran yang dilakukan sebelum daripada itu.
            Apabila padi telah dituai, barulah para amil akan melakukan kutipan
            zakat  tersebut  (Alias  dan  Mohammad  Azam,  2017).  Amalan  banci
            dapat  membantu  amil  untuk  menjangka  hasil  kutipan  zakat  pada
            musim yang berikutnya.

            Walaupun amalan ini telah terhenti untuk tempoh yang lama kerana
            beberapa sebab seperti keperluan jumlah amil yang ramai, kemahiran
            para amil, tidak mendapat kerja sama amil atau tidak mendapat bayaran
            atau  upah  yang  sepatutnya ,  tetapi  amalan  ini  mampu  memberikan
                                     3
            impak kepada pembayaran zakat padi dalam kalangan petani.
            Berdasarkan  temu  bual  yang  dijalankan,  penyelidik  dapat
            menyimpulkan  terdapat  tiga  maklumat  penting  yang  mesti
            dikumpulkan /dibanci oleh para amil iaitu:

            a)     Jumlah zakat pertanian
                   Para  amil  mesti  mendapatkan  maklumat  yang  tepat  tentang
                   keluasan tanah sawah padi yang dimiliki oleh para petani agar
                   mereka dapat memberikan jumlah anggaran zakat kepada para

            3   Temu  bual  dengan  Ust  Abd  Hadi  b  Abd  Majid,  Ketua  Bhg  Dakwah  dan
            penyelidikan LZNK (10.2.2020)


                                                                          195
   204   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214