Page 210 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 210

200 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

                   petani. Pada masa yang sama, maklumat ini dapat dimanfaatkan
                   oleh  LZNK  untuk  mengetahui  saiz  dan  keluasan  sebenar
                   sawah padi di negeri ini dan seterusnya dapat menggunakannya
                   untuk membuat anggaran kutipan zakat pertanian pada setiap
                   musim.

            b)     Senarai fakir dan miskin (asnaf) yang tinggal di sekitar
                   petani
                   LZNK  (menerusi  para  amil)  juga  mesti  berusaha  untuk
                   mendapatkan  maklumat  tentang  golomgan  fakir  dan  miskin
                   yang tinggal di sekitar tempat tinggal para petani. Maklumat ini
                   adalah penting agar LZNK boleh mengambil tindakan yang
                   sewajarnya  untuk  membantu  golongan  ini.  Antara  sebab
                   mengapa petani membuat agihan sendiri kepada asnaf adalah
                   kerana  wujudnya  golongan  fakir  dan  miskin  di  sekeliling
                   mereka  yang  tidak  mendapat  bantuan  daripada  LZNK.
                   Dengan ini, secara tak langsung akan menggalakkan para petani
                   membayar zakat sepenuhnya kepada amil kerana mereka dapat
                   melihat golongan fakir dan miskin di sekeliling mereka telah
                   mendapat bantuan yang sepatutnya dari LZNK.

            c)     Senarai penyewa sawah padi
                   LZNK  juga  dicadangkan  untuk  mengumpulkan  maklumat
                   penyewa  sawah  yang  dimiliki  oleh  petani  Muslim.  Dengan
                   maklumat  ini,  LZNK  boleh  mendekati  penyewa  sawah
                   berkenaan  untuk  membayar  zakat  dan  menasihati  pemilik
                   untuk menyewakan sawah padi mereka kepada petani Muslim
                   daripada  menyewakannya  kepada  petani  bukan  Islam.  Isu
                   penyewaan  tanah  pertanian  juga  menjadi  perbahasan  dalam
                   kalangan ulamak fiqh dari aspek siapa yang perlu mengeluarkan
                   zakat hasil tanaman, pemilik tanah atau penyewa?




                                                                          196
   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215