Page 212 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 212
202 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
akan dapat meningkatkan hasil kutipan zakat di Malaysia dalam
rangka mempertingkatkan ekonomi umat Islam. Al-Qaradawi
juga bersetuju dengan pendapat Ibn Rusyd ini, iaitu zakat
pertanian diwajibkan ke atas tanah dan ke atas hasil pertanian,
bukan ke atas salah satu daripada dua perkara tersebut. Ini
bermakna pemilik tanah dan penyewa hendaklah
mengeluarkan zakat pertanian (al-Qaradawi, 1994).
Amalan yang sedang dilaksanakan oleh LZNK dalam isu di
atas ialah berdasarkan kepada pandangan jumhur ulamak iaitu
4
zakat hanya dikenakan ke atas penyewa , manakala pemilik
tanah sawah terlepas dari membayar zakat. Berdasarkan temu
bual dan pemerhatian, didapati dalam isu tanah bendang
sewaan ini, pihak penyewa tidak membayar zakat tanaman
mereka atas alasan mereka hanya menyewa tanah tersebut dari
pemilik sebenar. Oleh itu, penyelidik mencadangkan agar pihak
LZNK membuat penyelidikan yang lebih lanjut pandangan
yang dikemukakan oleh Ibnu Rusyd yang disokong oleh al-
Qaradawi yang mengenakan zakat kepada kedua-dua pihak
iaitu pemilik tanah dan penyewa sebagai meraikan hak tanah
dan hak hasil tanaman. Kajian tersebut mestilah mencakupi
semua aspek seperti kaedah bayaran zakat, pengiraan dan
sebagainya agar maslahah semua pihak dapat dijaga dan
keadilan dapat ditegakkan.
Penguatkuasaan undang-undang
Mengeluarkan zakat adalah suatu kewajipan yang berlandaskan kepada
perintah Allah s.w.t yang terkandung dalam al-Quran dan juga hadis-
hadis Nabi s.a.w. Seandainya seseorang Islam yang tinggal di negara
Islam dan mengingkari kefardhuannya, maka dia menjadi kafir dan
4 Temu bual dengan Ust Abd Hadi b Abd Majid ,Ketua Bhg Dakwah dan
Penyelidikan LZNK (10.2.2020)
198