Page 214 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 214
204 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
menghasut untuk tidak membayar zakat dan menjual atau memindah
milik padi sebagai alasan untuk tidak membayar zakat. Hukuman
tersebut hanya dikhususkan pada kegagalan membayar zakat padi iaitu
denda RM500.00 atau penjara tidak lebih enam bulan.
Dalam temu bual dengan seorang pengkaji zakat di Kedah , beliau
5
mencadangkan agar pihak LZNK perlu menguatkuasakan undang-
undang dan peruntukan yang ada dalam enakmen untuk meningkatkan
kutipan zakat yang semakin merosot khususnya zakat pertanian.
Namun begitu, beliau menegaskan, langkah ini (penguatkuasaan
undang-undang) dilaksanakan setelah usaha-usaha lain seperti dakwah
zakat, promosi yang pelbagai dan sebagainya sampai kepada
masyarakat petani secara keseluruhannya di Kedah.
Amalan sekarang ialah pihak LZNK lebih mengutamakan metode
dakwah berbanding metode hukum dalam menguatkuasakan hal-hal
berkaitan pentadbiran dan pengurusan zakat (Hafiz et. al, 2015).
Malahan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 turut tidak
memperuntukkan satu kesalahan khusus berkaitan zakat mahupun
zakat fitrah (Hafiz dan Siti Nabilah, 2016). Dalam temu bual yang
dijalankan dengan Ketua Bahagian Dakwah dan Penyelidikan LZNK ,
6
beliau turut menyatakan tiada penguatkuasaan undang-undang
(menghukum) ke atas petani yang tidak atau enggan membayar zakat
kerana pihak LZNK lebih menekankan usaha dakwah dan kesedaran.
Menurut beliau lagi, walaupun LZNK masih menumpukan kepada
aspek dakwah zakat berbanding penguatkuasaan undang-undang,
namun beliau tidak menolak kepentingan undang-undang untuk
meningkatkan kutipan zakat khususnya zakat pertanian. Usaha-usaha
5 Temu bual dengan PM Dr Muhammad Azam b Hussain, COLGIS, UUM
(14.1.2020)
6 Temu bual dengan Ust Abd Hadi Abd Majid, Ketua Bhg Dakwah dan Penyelidikan
LZNK (10.2.2020)
200