Page 201 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 201

Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 191
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            ii.  Kurang kesedaran dalam kalangan petani yang muda khususnya
               tentang kewajipan membayar zakat pertanian.
            iii.  Hasil tanaman padi yang berkurangan kerana faktor-faktor seperti
               penyakit padi, serangan serangga, petani yang sudah berumur dan
               sebagainya.
            iv.  Kekurangan  ilmu  tentang  zakat  padi  khusunya  tentang
               kewajipannya dan nisab zakat padi dan pengiraannya.
            v.  Amil zakat yang tidak mesra petani dan kewujudan ejen zakat yang
               mengutip  zakat  untuk  tujuan-tujuan  tertentu  seperti  pembinaan
               sekolah, membantu anak yatim dan sebagainya.
            vi.  Sewaan tanah pertanian (sawah) yang menimbulkan isu penyewa
               tidak membayar zakat padi (dalam mazhab Shafie, zakat dikenakan
               kepada  penyewa)  dan  isu  menyewa  tanah  sawah  kepada  bukan
               Islam yang sudah tentunya tidak membayar zakat.
            vii. Faktor-faktor sampingan seperti:
               a.  tanah pertanian (sawah) yang dibangunkan menjadi kawasan
                   perindustrian dan perumahan
               b.  isu metode kiraan zakat berdasarkan kaedah B (di LZNK) yang
                   menyebabkan ramai petani tidak layak membayar zakat padi
                   kerana tidak cukup nisabnya (ditolak kos-kos tanaman seperi
                   sewaan, membajak, meracun, baja, menuai dan sebagainya).

            Isu-isu  yang  dinyatakan  di  atas  menyumbang  kepada  kemerosotan
            kutipan zakat pertanian di negeri Kedah.

            CADANGAN               UNTUK            MENINGKATKAN

            KUTIPAN ZAKAT PERTANIAN DI KEDAH
            Berdasarkan informasi-informasi yang diberikan oleh pihak informan
            (pegawai-pegawai  zakat  dan  petani  di  daerah  yang  berkaitan),
            penyelidik   dapat   merumuskan     terdapat   empat    cadangan
            penambahbaikan     yang   dicadangkan   oleh    informan   untuk




                                                                          187
   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206