Page 116 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 116
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
BAB 6:
KEUNIKAN IJTIHAD DAN FATWA ZAKAT DALAM
DIMENSI BAHARU WABAK COVID-19 DI MALAYSIA
AZMAN AB RAHMAN
Universiti Sains Islam Malaysia.
Emel: azman@usim.edu.my
AFAF SUKARI
Universiti Sains Islam Malaysia
Emel: afafsukari97@gmail.com
ABSTRAK
Ijtihad merupakan perkataan yang sangat berpengaruh di sepanjang
sejarah Islam. Ianya dapat dimaknai melalui pengerahan segala
potensi yang ada dengan menyelesaikan masalah-masalah baharu
yang timbul dengan mengembalikannya kepada prinsip-prinsip
yang ada dalam al-Quran dan al-Sunnah (Muhammad Ali, 1970).
Situasi negara yang dilanda wabak pandemik Covid-19 pada masa
kini telah menyebabkan ramai pihak didapati terjejas sama ada dari
aspek kesihatan mahupun ekonomi yang perlu dibantu dengan kadar
segera. Berdasarkan keadaan ini, institusi fatwa dengan kerjasama
Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) telah mengambil cakna
bahawa masyarakat Islam merupakan antara golongan yang
terkesan dengan keadaan ini. Pelbagai ijtihad berkaitan zakat telah
dikeluarkan oleh pihak institusi fatwa sewaktu Covid-19 bagi
membolehkan penggunaan wang dana zakat digunakan dan
diberikan kepada golongan yang terjejas Covid-19. Hal ini
memperlihatkan bahawa keunikan ijtihad dan fatwa zakat ketika
wabak Covid-19 telah membentuk dimensi baharu dalam sejarah
pengurusan zakat di Malaysia. Namun, penelitian perlu diberikan
agar segala bantuan yang diberikan menepati syarak dan masih
berada di ruang lingkup asnaf lapan tanpa menjejaskan bahagian
asnaf zakat yang lain. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk
membincangkan kepentingan ijtihad dan fatwa zakat khususnya
dalam konteks pandemik Covid-19. Artikel ini juga mengkaji
tentang ijtihad dan fatwa dalam inisiatif bantuan zakat Covid-19 di
106
107
107