Page 117 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 117

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            Malaysia. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi
            dan  pemerhatian  dalam  proses  pengumpulan  data.  Hasil  kajian
            mendapati  ijtihad  dan  fatwa  dalam  hal  ehwal  zakat  telah  banyak
            membantu dalam memperkasakan pengurusan zakat ketika Covid-
            19 di samping meringankan beban yang ditanggung golongan yang
            terjejas.  Diharapkan  kajian  ini  dapat  memberikan  panduan  dan
            rujukan kepada institusi fatwa, institusi zakat mahupun organisasi
            tertentu  dalam  menguruskan  hal  ehwal  berkaitan  zakat.  Kajian
            lanjutan  berkaitan  ijtihad  dalam  urusan  pengagihan  zakat  di  kala
            wabak  pandemik  perlu  dijalankan  sebagai  persediaan  pada  masa
            akan datang.

            Kata kunci: Ijtihad, Fatwa, Zakat, Dimensi Baharu, Covid-19

            PENGENALAN
            Virus pandemik baharu yang dinamakan sebagai Novel Coronavirus
            (2019-ncov)  atau  dikenali  Covid-19  telah  menggemparkan  dunia
            sehingga mengorbankan berjuta manusia di seluruh dunia termasuk
            di Malaysia. Virus ini yang bersifat penyakit berjangkit tidak hanya
            meragut  nyawa,  bahkan  telah  menjejaskan  pelbagai  perkara
            daripada  pelbagai  aspek  terutama  aspek  kesihatan,  ekonomi  dan
            pendidikan negara.
               Ekoran     daripada   wabak     ini   juga,   kerajaan   telah
            menguatkuasakan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP
            FASA  1)  yang  bermula  18  hingga  31  Mac.  Kes  Covid-19  yang
            dilaporkan  di  pelbagai  medium  sama  ada  media  massa  mahupun
            elektronik semakin meningkat tanpa menunjukkan tanda penurunan
            kes.  Hal  ini  mengakibatkan  kegusaran  pelbagai  pihak  sama  ada
            jabatan-jabatan mahupun masyarakat awam yang telah hilang punca
            pendapatan     setelah     diberhentikan    kerja     disebabkan
            ketidakmampuan  majikan  membayar  gaji  pekerja  ketika  PKP.
            Banyak  syarikat  yang  terpaksa  menutup  perniagaan  mereka  bagi
            menyokong usaha pihak kerajaan memutuskan rantaian Covid-19.
               Mengambil cakna keadaan semasa, pelbagai agensi muncul bagi
            membantu meringankan beban yang ditanggung oleh golongan yang
            terjejas  ketika  memerangi  wabak  ini.  Institusi  zakat  juga  tidak




                                                                          107
                                           108
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122