Page 122 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 122
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
yang diputuskan oleh institusi zakat wajib melalui Majlis Agama
Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Mufti terlebih dahulu.
Berdasarkan pemerhatian, situasi ini berbeza terhadap negeri Kedah
yang tidak melibatkan Jabatan Mufti dalam memutuskan keputusan
berkenaan zakat.
Sewaktu pandemik Covid-19 berlaku, pelbagai inisiatif telah
dilakukan institusi zakat dengan menggunakan wang dana zakat
bagi membantu golongan yang terjejas dan memerlukan bantuan.
Penggunaan wang dana zakat selain kepada asnaf lapan tidak
dibolehkan oleh syarak melainkan adanya dalil yang
membenarkannya. Justeru, penulis amat yakin bantuan yang
dijalankan oleh institusi zakat ketika wabak Covid-19 adalah sah di
sisi syarak dengan bersandarkan kepada ijtihad yang dibuat oleh
institusi fatwa dengan kerjasama MAIN dan badan-badan
berautoriti yang lain meskipun tiada sebarang pewartaan dibuat.
Adapun pewartaan rasmi seperti fatwa atau irsyad fatwa tidak dibuat
di media massa mahupun eletronik, ianya tidak menghalang institusi
zakat dalam mengerahkan tenaga dan idea dalam membantu
masyarakat awam yang terjejas Covid-19 dengan cekap.
Menurut penelitian penulis, negara Singapura melalui
Jawatankuasa Fatwa, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)
merupakan antara yang terawal mengeluarkan fatwa berkenaan
bantuan zakat terhadap golongan yang terjejas dengan wabak
Covid-19. Berdasarkan keperluan semasa, Jawatankuasa Fatwa
Singapura telah memutuskan bahawa bantuan zakat boleh diagihkan
kepada golongan-golongan yang pendapatan mereka terjejas kerana
kemelesetan ekonomi ataupun kehilangan pekerjaan disebabkan
Covid-19. Fatwa itu juga menetapkan bahawa mereka yang terjejas
dengan Covid-19 lalu menghadapi kesukaran untuk memenuhi
keperluan asasinya (serta keluarganya) layak menerima bantuan
zakat (MUIS, 2020). Pemahaman serta aplikasi maksud asnaf yang
lebih luas ini dapat menjamin pemeliharaan maqāṣid pensyariatan
ibadah zakat di dalam membantu golongan yang memerlukan.
Mereka bukanlah membentuk satu asnaf yang baharu, tetapi mereka
boleh digolongkan di bawah beberapa asnaf yang diperluaskan
tafsirannya seperti di Rajah 1 berikut:
112
113