Page 127 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 127
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
keperluan yang masih dihajatkan oleh golongan yang terjejas Covid-
19. Antaranya ialah bantuan alatan kelengkapan pembelajaran
seperti komputer riba, pemberian wifi percuma kepada pelajar-
pelajar bagi kegunaan mereka menghadapi pembelajaran secara atas
talian dan lain-lain yang dilihat relevan dengan keadaan semasa.
KESIMPULAN
Institusi fatwa dan MAIN secara umumnya telah melaksanakan
tanggungjawab dengan baik ketika wabak pandemik Covid-19
berlaku. Kecekapan institusi fatwa dengan kerjasama MAIN dalam
mendepani wabak ini juga perlu diberi penghargaan kerana berjaya
meringankan beban ramai pihak melalui ijtihad yang dilakukan
institusi fatwa dan MAIN sehingga membolehkan penyaluran wang
dana zakat kepada golongan yang terjejas dapat diterima secara adil
dan menyeluruh. Ijtihad yang dilakukan seperti memperkenalkan
kaedah pembayaran zakat secara online juga berjaya memudahkan
urusan ramai pihak untuk mengikuti SOP yang ditetapkan kerajaan
ketika PKP. Hal ini jelas menunjukkan kesungguhan institusi fatwa
dan zakat mengeluarkan ijtihad dengan mengambil kira situasi
semasa yang perlu diutamakan dalam usaha memutuskan rantaian
virus Covid-19. Namun, setiap perbuatan atau tindakan seperti
agihan zakat menggunakan wang dana zakat perlulah didasari
dengan sandaran yang betul dan jelas agar pensyariatan zakat
sentiasa dijunjung. Ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada institusi fatwa dan MAIN kerana telah berjaya menjalankan
tanggungjawab dengan baik, berkesan dan tepat pada masa yang
diperlukan. Ini jelas membuktikan bahawa institusi fatwa serta
MAIN merupakan sebuah institusi yang berperanan besar untuk
membantu umat Islam dalam apa jua keadaan dan secara tidak
langsung mengangkat martabat syariat Islam pada tahap yang lebih
tinggi.
RUJUKAN
Al-Quran
Akh Minhaji (2002), “Persoalan Gender Dalam Persepktif
Metodologi Studi Hukum Islam”, dalam (edit oleh Siti Ruhaini
117
118