Page 132 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 132
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
Sememangnya dimaklumi bahawasanya antara ciri-ciri syariat
Allah S.W.T itu, ia sesuai dengan semua tempat, masa dan keadaan.
Maka pasti sahaja zakat ini selama-lamanya akan sesuai dalam
mendepani apa jua permaslahan dan bentuk kekayaan moden
(Zuhdi, 2006).
Dewasa ini sumber harta dilihat semakin berdimensi. Rata-rata
perkara yang dahulu mungkin dianggap sebagai salah satu perkara
yang melalaikan dan sia-sia kini menjadi sumber harta yang mampu
mengatasi mereka yang mempunyai pekerjaan secara rasmi.
Golongan yang disebut sebagai pemilik akaun-akaun media sosial
seperti Facebook, You Tube, Instagram, Twitter dan Tik Tok, kini
mampu menjana pendapatan dengan hanya memuatkan bahan
digital seperti video dari pelbagai genre seperti perkongsian
pengalaman, masakan, kuliah agama, politik, sukan, isu semasa
yang tular, klip-klip pendek dan sebagainya sehinggalah skil
permainan video yang dipertontonkan. Semuanya menjadi bahan
yang boleh mendatangkan penghasilan kekayaan menerusi kaedah
pengiklanan dan seumpamanya dengan mencapai tontonan
berjumlah ribuan bahkan jutaan ditambah dengan jumlah mereka
yang melanggan tontotan tersebut atau lebih dikenali sebagai
subscriber.
Fenomena ini dilihat mendapat sambutan yang amat
menggalakkan. Mereka ini dikenali sebagai social media influencers
(SMIs) iaitu seseorang yang memasarkan persona dan populariti
mereka dalam media sosial untuk mempromosikan produk dan
perkhidmatan melalui pengesahan dan pengiklanan (Wright, 2017).
Mereka juga adalah individu yang menjadi popular menerusi media
sosial yang membentuk dan mempengaruhi sikap audiens menerusi
blog, vlog, tweets dan apa sahaja yang dikongsi menerusi media
sosial (Karen Freberga, 2011). Mereka telah membina kerjaya dan
kemampuan menjana pendapatan termasuk kanak-kanak yang
masih kecil. Evan, seorang anak yang bermula usia lapan tahun,
memiliki akaun Youtube yang dikenali sebagai EvanTubeHD.
Beliau membuat review mengenai permainan baru yang terdapat
dipasaran. Video beliau ditonton oleh 750 juta tontonan dan
122
123