Page 130 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 130

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

                                        BAB 7:
                   TINJAUAN AWAL HUKUM ZAKAT KE ATAS
                PENDAPATAN PEMILIK AKAUN MEDIA SOSIAL

                              AHMAD HUSNI ABD RAHMAN
                                   Pusat Pungutan Zakat
                                 Emel: husni@zakat.com.my

                         MUHAMMAD FURQAN BIN ABDULLAH
                                   Pusat Pungutan Zakat
                                Emel: furqan@zakat.com.my

                                      ABSTRAK
            Dalam dunia yang pesat membangun, ternyata sumber baru dalam
            ekonomi umat juga bertambah. Semakin banyak bentuk kekayaan
            kontemporari  yang  terhasil  dari  kepelbagaian  aktiviti,  jenis  dan
            sumber sedang giat dipelopori oleh masyarakat kini. Ibadah zakat
            terkait  dengan  soal  harta.  Justeru,  sumber  zakat  dan
            permasalahannya juga sewajarnya turut menerima perubahan dan
            boleh  diperluaskan  skopnya.  Tidak  terhad  hanya  diambil  dari
            sumber-sumber  dan  permasalahan  bersifat  klasik  yang  sedia  ada,
            namun perlu diperluaskan kepada sumber-sumber dan perbincangan
            baru.  Dewasa  ini  kelihatan  ramai  di  kalangan  masyarakat  dunia
            mencari sumber pendapatan menerusi aktiviti media sosial sepeti
            Facebook, You Tube, Instagram, Twitter dan Tik Tok. Secara tidak
            sedar, hal ini telah menyebabkan ramai memperolehi pendapatan
            yang  lumayan  yang  secara  zahirnya  melayakkan  mereka  untuk
            berzakat. Artikel ini cuba membuat tinjauan awal mengenai hukum
            zakat ke atas pendapatan yang diperolehi oleh pemilik akaun media
            sosial  samada  ia  menepati  ciri-ciri  pendapatan  yang  tertakluk
            kepada  kewajipan  berzakat.  Metodologi  yang  digunakan  adalah
            bersifat analisa kandungan (content analysis) yang bersumberkan
            kajian  kepustakaan,  artikel,  jurnal  dan  literatur  yang  berkaitan.
            Kesimpulan  dari  hasil  dapatan  artikel  ini  diharapkan  dapat
            membantu  dalam  usaha  menambah  dan  memperkasakan  sumber-
            sumber  baru  kenaan  zakat  yang  berpotensi  untuk  dikutip  demi






                                                                          120
                                           121
                                           121
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135