Page 134 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 134
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
LIMITASI KAJIAN
Kajian yang dilakukan dalam artikel ini hanyalah tertumpu kepada
jenis pendapatan yang diperolehi dari media sosial sahaja dan
kriteria yang mewajibkan zakat ke atasnya. Kajian ini tidak
memasukkan elemen pendapatan lain yang di luar limitasi yang
ditetapkan.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini bersifat kajian kepustakaan yang berdasarkan kaedah
kualitatif menerusi analisa kandungan yang terdapat pada literatur,
kitab-kitab fiqh, artikel, jurnal dan laporan di media seperti akhbar
dan carian dataraya di laman sesawang.
KAJIAN LITERATUR
Secara umumnya jika dilihat dari aspek pengkhususan tajuk, tidak
terdapat banyak literatur yang ditulis mengenainya namun terdapat
beberapa sumber yang berkaitan. Nursyamimi Harun (2017) dalam
sebuah kajian mereka mendapati media sosial telah menjadi sebuah
platform yang pesat dalam industri pemasaran, pengiklanan,
perniagaan dan perdagangan. Antara yang menjadi pemangkin
utama dalam perkembangan ini adalah golongan berpengaruh yang
dikenali sebagai media social influencer(SMI). Golongan yang
didominasi oleh mereka yang berusia muda mempunyai daya
tarikan tersendiri bersesuaian dengan perdedaran dan perubahan
yang berlaku pada era dan zaman milenia. Menurut mereka rata-rata
kajian menunjukkan peratusan yang semakin meningkat dari tahun
ke tahun terhadap penggunaan media sosial dari pelbagai jenis dan
aplikasinya. Perkara yang menarik dapat dilihat menerusi artikel
mereka ialah bentuk-bentuk penjanaan pendapatan yang dibuat
menerusi media sosial ini yang bersumberkan dari teknik follower
shout-outs iaitu metod tangkapan skrin (screenshot) yang
dimuatnaik ke akaun SMI dan menyumbang kepada peningkatan
jumlah pengikut (followers) yang mempengaruhi bilangan mereka
yang meilhat pengiklanan sesuatu produk atau jenama. Kaedah
seterusnya dalah menerusi penyokongan produk (product
endorsement) yang boleh menyumbang kepada peningkatan jualan
124
125