Page 139 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 139

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            kerana itu merupakan hak fakir miskin yang telah diperuntukkan
            oleh Allah.
               Adapun  perbincangan  berkaitan  jenis  harta-harta  yang
            diwajibkan    zakat   secara   umumnya      Al-Zuhayli    (2017)
            menyenaraikan  kategori  harta  umum  kenaan  zakat  kepada  enam
            bahagian.
            1.  Matawang (nuqud)
            2.  Ma’adin dan Rikaz
            3.  Urudh al-Tijarah (aset niaga dan barang dagangan)
            4.  Tanaman
            5.  Ternakan (unta, lembu dan kambing dan khilaf pada zakat kuda
               oleh Imam Abu Hanifah)

               Kategori pertama yang disebutkan oleh Al-Zuhayli (2017) itu
            dikembangkan lagi maksudnya kepada beberapa percontohan yang
            lain  seperti  emas  dan  perak,  matawang  moden  yang  mendasari
            ekonomi dunia semasa.

            PANDANGAN  HUKUM  PEROLEHAN  PENDAPATAN
            MENERUSI MEDIA SOSIAL
            Sebagaimana yang telah dibincangkan, pendapatan yang diperolehi
            dari  aktiviti  atau  akaun  media  sosial  adalah  berdasarkan  kepada
            beberapa sumber seperti pengiklanan, pengesahan sesuatu produk,
            pemasaran  dan  perniagaan.  Secara  mudahnya  difahami,
            bahawasanya  pemilik  akaun  media  sosial  menawarkan  ruang
            pengiklanan  di  akaun  miliknya  samada  di  Instagram,  You  Tube,
            Facebook,  Twitter  atau  Tik  Tok.  Mereka  akan  memperolehi
            pendapatan  dengan  kaedah  mendapat  bayaran  apabila  iklan  yang
            disiarkan di akaun mereka tersebut dilihat atau diklik dan ditonton
            oleh para pengikut.
               Menurut Chiftiah (2020) aktiviti mendapatkan hasil dari media
            sosial ini menerusi salah satu dari kaedah urusniaga pengiklanan
            menerusi Pay Per Sale (PPS), Pay Per Click (PPC), Pay Per Play
            (PPP), Pay Per Read (PPR), Pay Per Referral (PPR). Adapun dari
            aspek bentuk perolehan dari pandangan hukum pula, ia berkait rapat
            dengan akad Ijarah atau disebut sebagai sewaan.




                                                                          129
                                           130
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144