Page 142 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 142

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            Dari aspek apakah jenis atau kriteria zakat yang dikenakan, melihat
            kepada  kategorinya,  jenis  zakat  yang  dikenakan  boleh  berlaku
            dalam tiga keadaan:

            1.  Zakat Perniagaan. Ini adalah kerana pendapatan yang diperolehi
               dari  aktiviti  sewaan  atau  menerusi  bayaran  pengiklanan
               langsung tersebut boleh dianggap sebagai bentuk perkhidmatan
               yang termasuk di bawah kategori zakat perniagaan.
            2.  Zakat al-Mustaghallat iaitu zakat yang diambil dari hasil yang
               diperolehi dari aktiviti terhadap sesuatu harta yang pada asalnya
               tidak  dikenakan  zakat  samada  menerusi  sewaan  atau  hasil
               perniagaan  produk  yang  lahir  darinya.  Sebagai  contoh  rumah
               atau  bangunan  yang  disewa.  Pada  asasnya  rumah  yang
               digunakan  untuk  menjadi  kediaman  sendiri,  atau  premis
               perniagaan tidak dikenakan zakat. Akan tetapi jika disewakan,
               maka  hasil  sewaan  tersebut  akan  tertakluk  kepada  zakat  (Al-
               Qaradhawi 1999). Ini menepati kaedah penghasilan pendapatan
               menerusi sewaan akaun media sosial bagi tujuan pengiklanan
               dan sumpamanya.
            3.  Zakat Pendapatan Perolehan Bebas (al-Mal al-Mustafad). Bagi
               pemilik akaun media sosial, upah, ganjaran, bayaran dan segala
               yang  diterima  dari  pihak  yang  memerlukan  perkhidmatan,
               secara  umumnya  adalah  bersifat  seperti  pendapatan  atau
               perolehan yang mendatang. Ia adalah sesuatu yang baru dimiliki
               oleh  seseorang  menerusi  kaedah  atau  wasilah  pelbagai  yang
               tidak melanggar hukum syarak (Al-Qaradhawi 1999).

            SIMULASI KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT
            Setelah meneliti ketiga-tiga aspek atau kriteria kenaan zakat, kaedah
            taksiran atau kiraan zakat adalah seperti berikut.
            1.  Asas  kenaan  zakat  sebagai  zakat  perniagaan.  Berdasarkan
               riwayat  oleh  Maimun  bin  Mihran:  Apabila  sudah  tiba
               tempohnya kamu berzakat (cukup haul), maka hitunglah berapa
               jumlah  wang  tunai  yang  ada  padamu,  dan  bagi  barang
               perniagaan yang ada, nilailah ia dengan matawang, begitu juga
               segala  hutang  pelangganmu  yang  mampu  (diharap  kembali)




                                                                          132
                                           133
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147