Page 146 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 146
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
BAB 8:
PENGENAAN ZAKAT KE ATAS HUTANG LAPUK
MENURUT PERSPEKTIF FIQH
MUHAMMAD IKHLAS ROSELE
Universiti Malaya.
Emel: ikhlas@um.edu.my
LUQMAN HJ. ABDULLAH
Universiti Malaya
Emel: luqmanabdullah@um.edu.my
WAN MARHAINI WAN AHMAD
Universiti Malaya
Emel: wmarhaini@um.edu.my
ABSTRAK
Isu hutang merupakan suatu perbincangan penting dalam hukum
zakat. Terdapat beberapa bentuk hutang yang memberi kesan
kepada perlaksanaan zakat sama ada terhadap penghutang mahupun
pemiutang. Justeru kajian ini akan membincangkan isu zakat hutang
lapuk dari perspektif hukum Islam. Kajian ini akan mengenalpasti
konsep hutang dan zakat dalam Islam serta membahaskan
perbincangan fiqh tentang zakat hutang lapuk. Kajian ini adalah
bersifat kualitatif di mana hanya data-data perpustakaan digunakan
sepenuhnya. Data tersebut dianalisis secara induktif dan deduktif.
Hasil kajian mendapati hutang lapuk boleh dikategorikan sebagai
hutang yang tiada harapan untuk dilunaskan. Oleh itu, ia
mempunyai implikasi yang sama dalam perbahasan zakat.
Kata kunci: zakat; hutang; hutang lapuk; subur
PENDAHULUAN
Zakat merupakan salah satu rukun daripada rukun Islam yang lima.
Kepentingannya meliputi aspek ibadah dan muamalah seperti
menyucikan harta dan menjamin kestabilan dan keadilan sosio-
ekonomi masyarakat Islam. Namun, masih banyak isu dalam
perbincangan zakat masih lagi menjadi aspek kajian dan penelitian
136
137
137