Page 148 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 148

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Justeru  dapat  difahami  bahawa  zakat  sebagai  tindakan
            penghambaan kepada Allah dengan mengeluarkan sebahagian yang
            wajib  dari  sudut  syarak  daripada  harta  yang  tertentu  untuk
            diserahkan kepada golongan atau pihak yang khusus (al-‘Uthaymin,
            1424H).
               Syarat zakat boleh dilihat dari 3 aspek iaitu syarat pembayar,
            syarat harta dan syarat sah menunaikan zakat. Syarat bagi pembayar
            umumnya adalah mukallaf, mempunyai ilmu (pengetahuan) tentang
            kewajipan  zakat,  merdeka,  tidak  mempunyai  tanggungan  hutang
            sehingga  menyulitkan  pembayar  untuk  mengeluarkan  zakat  (al-
            Daghistani, 1992). Syarat bagi harta zakat pula adalah pemilikan
            sempurna, harta yang subur, melebihi keperluan asasi, melalui haul
            setahun  (bagi  sebahagian  harta)  dan  mencukupi  nisab.  Manakala
            syarat  sah  dalam  menunaikan  zakat  adalah  niat,  harta  yang
            diserahkan  sebagai  zakat  merupakan  harta  yang  bernilai  dan
            diserahkan  kepada  golongan  yang  berhak  menerima  zakat  (al-
            Kurkuli, 1983).
               Al-Qaduri menjelaskan syarat zakat sebagai (al-Ghanimi, t.t.);

               “Zakat  itu  wajib  ke  atas  yang  merdeka,  Islam,  baligh,
               berakal,  jika  dia  memiliki  nisab  dengan  pemilikan  yang
               sempurna serta melalui tempoh haul. Dan tidak dikenakan
               zakat bagi kanak-kanak, orang gila dan hamba al-mukatab.
               Barang siapa yang mempunyai hutang pada hartanya maka
               dia  tidak  dikenakan  zakat,  namun  jika  hartanya  banyak
               berbanding hutang yang ditanggung maka lebihan itu jika
               cukup nisab akan dikenakan zakat”.

               Hutang  dari  sudut  Istilah  fuqaha’  adalah  sebagaimana  yang
            dikemukakan oleh Ibn Nujaym sebagai (Wizarah al-Awqaf wa al-
            Syu’un al-Islamiyyah, 1992);

               Kewajiban  terhadap  sesuatu  hak  yang  berada  dalam
               tanggungan






                                                                          138
                                           139
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153