Page 152 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 152

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Maksudnya:  “Sesungguhnya  Allah  telah  mewajibkan  ke  atas
               mereka zakat daripada harta-harta mereka, yang diambil dari
               orang-orang     kaya     dalam    kalangan     mereka     dan
               menyerahkannya kepada orang-orang miskin dalam kalangan
               mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

               Al-Mawardi (1994) menyebutkan bahawa berdasarkan hadis ini
            terdapat dua petunjuk iaitu:
            1.  Orang yang berhutang tidak dianggap sebagai orang yang kaya
               maka tidak wajib ke atasnya untuk mengeluarkan zakat.
            2.  Hadis  ini  menjelaskan  terdapat  dua  golongan  iaitu  golongan
               yang diambil padanya harta dan golongan yang diberi padanya
               harta. Sedangkan orang yang berhutang adalah orang yang layak
               diberi harta, oleh itu tidak wajar diambil padanya.

               Seterusnya adalah perkataan ‘Uthman bin ‘Affan, beliau berkata
            (Ibn Abi Syaybah, 2006; Malik, 2003):

               Sekarang adalah bulan zakat bagi kamu, barangsiapa yang
               mempunyai  hutang  hendaklah  ia  langsaikan  dahulu
               hutangnya dan zakatilah baki harta kamu itu.

               Al-Hafiz  Ibn  Hajar  (1998)  menyebut  bahawa  sanad  athar  ini
            adalah sahih dan ia hadis mauquf (sanadnya terhenti pada sahabat
            sahaja). Ibn Qudamah (1997) menyebut bahawa perkataan ‘Uthman
            RA itu disebut di kalangan para sahabat yang lain, dan mereka tidak
            mengingkarinya.  Ini  menunjukkan  bahawa  mereka  bersepakat
            dalam perkara ini.
               Antara hujah lain bagi pandangan ini adalah ijmak para sahabat.
            Mereka menganggap bahawa sahabat telah berijmak dalam isu ini
            kerana  mereka  berterusan  senyap  tanpa  mencanggah  perkataan
            saidina ‘Uthman RA yang jelas menyatakan bahawa hutang perlu
            ditolak sebelum zakat dikeluarkan (Ibn Rusyd, 1988).
               Oleh itu, apabila pemilik harta yang mempunyai hutang yang
            wajib  dibayar  dia  hendaklah  menolak  jumlah  hutang  tersebut
            sebelum membuat kiraan zakat. Sekiranya baki dari penolakan itu




                                                                          142
                                           143
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157