Page 155 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 155
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
12
dan ia merupakan pendapat dalam mazhab Hanbali . Hujah bagi
pendapat ini adalah terdapat athar dari para sahabat seperti ‘Ali bin
Abi Talib, Ibn ‘Umar dan ‘Aisyah RA yang menunjukkan tidak
wajib zakat pada hutang sehinggalah ia diterima . Golongan ini
13
menjelaskan bahawa zakat dibangunkan atas dasar kesenangan atau
kelapangan, tidak dikira suatu kesenangan apabila diwajibkan
mengeluarkan zakat bagi harta yang tidak dapat dimanfaatkan .
14
Hujah lain bagi pendapat ini adalah qiyas hutang dengan harta-harta
zakat yang lain pada kewajipan dikenakan zakat. Maka wajib
dikeluarkan zakat bagi tahun-tahun sebelumnya selepas diterima
hutang tersebut, ini adalah kerana hutang merupakan milik tuannya
15
sama seperti hara-harta zakat yang lain .
Manakala pendapat ketiga pula menjelaskan wajib zakat pada
hutang tersebut selepas diterima untuk tahun pertama sahaja (tahun
di mana hutang itu dipulangkan). Ia merupakan pendapat dalam
mazhab Maliki dan satu riwayat dari Imam Ahmad . Hujah bagi
17
16
pendapat ini adalah kewajipan zakat bersandarkan imkan al-ada’
(dapat dilaksanakan), sedangkan hutang tidak mungkin
dilaksanakan sebelum diterima bahkan ia dapat direalisasikan
selepas penerimaan. Oleh itu wajib zakat pada tahun ia diterima
sahaja .
18
Seterusnya adalah pendapat keempat yang menyatakan bahawa
zakat tidak diwajibkan pada hutang dalam situasi tersebut. Ia
12 Abu Bakr bin Muhammad ‘Arif al-Makki, Mukhtasar fi Fiqh al-Imam al-
Mubajjal wa al-Hibr al-Mufaddal (al-Riyad: Makatabah al-Rusyd, 1424H), 66;
Ibn Qudamah, al-Mughni, 4: 269; al-Najdi (ed.), Hasiyah al-Rawd al-Murabbi’,
174-175.
13 ‘Abd al-Razzaq al-San‘ani, al-Musannaf (Bayrut: al-Maktab al-Islami, 1976),
4: 99-100.
14 Ibn Qudamah, al-Mughni, 4: 270.
15 Ibid., 4: 270.
16 Malik bin Anas, al-Mudawwanah (Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1995),
1: 315; Muhammad al-Dusuqi, Hasyiyyah al-Dusuqi ‘ala Syarh al-Kabir (al-
Qahirah: Dar al-Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, t.t.), 1: 466.
17 Ibn Qudamah, al-Mughni, 4: 270.
18 Al-Dusuqi, Hasyiyyah al-Dusuqi ‘ala Syarh al-Kabir, 1: 466.
145
146