Page 154 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 154

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            kedua  pula  ialah  hutang  yang  tidak  ada  atau  tipis  harapan  untuk
                                                             6
            dipulangkan  pada  masa  yang  telah  ditetapkan .  Perbincangan
            mengenai kedua-dua isu ini telah diperbincangkan oleh para ahli
            fiqh.
               Bagi situasi pertama, iaitu hutang  pada  penghutang yang  ada
            harapan untuk dipulangkan pada masa ditetapkan. Ulama berbeza
            pendapat  dalam  menetapkan  hukum  zakat  pada  situasi  tersebut
            kepada beberapa pendapat antaranya seperti berikut:
               Pendapat  pertama,  wajib  mengeluarkan  zakat  atas  hutang
            tersebut walaupun belum menerimanya lagi (belum dipulangkan).
            Pendapat ini merupakan pendapat ‘Uthman bin ‘Affan, Ibn ‘Umar
            dan  Jabir  RA .  Ia  juga  merupakan  pendapat  dalam  mazhab  al-
                          7
                  8
            Syafi‘i  dan satu riwayat dari Imam Ahmad . Hujah bagi pendapat
                                                      9
            ini adalah qiyas hutang tersebut dengan kontrak wadi‘ah. Kerana
            wang yang disimpan dalam akad wadi‘ah wajib dizakatkan begitu
            jugalah  hutang  yang  ada  harapan  dipulangkan .  Hutang  dalam
                                                           10
            situasi  ini  juga  asasnya  akan  dipulangkan  pada  masa  yang  telah
            ditetapkan  dan  tiada  halangan  bagi  pemiliknya  untuk  menerima
            pulangan pada masa tersebut, oleh itu ia tidak memberi apa kesan
            pada kewajipan zakat walaupun ia berada pada tangan penghutang.
            Kerana itulah wajib dikeluarkan zakat apabila cukup haul .
                                                                   11
               Pendapat  kedua  pula  menyatakan  bahawa  zakat  diwajibkan
            selepas hutang tersebut diterima dan bagi tahun tersebut dan tahun-
            tahun yang berlalu. Pendapat ini didokong oleh ‘Ali, ‘Aisyah RA


            6   Haji  Mohd.  Saleh  Haji  Ahmad,  Risalah  Ahkam  (Selangor:  Intel  Multimedia
            Publication, 2005), 310.
            7  Abu ‘Ubayd, Kitab al-Amwal, 535.
            8  Abdul Malik al-Juwayni, Nihayat al-Matlab fi Darayat al-Madhhab (Jeddah:
            Dar al-Minhaj, 2007), 3: 330.
            9  Mansur bin Yunus al-Bahuti, Kasysyaf al-Qina’ ‘an Matn al-Iqna’ (Makkah:
            Matba’ah al-Hukumah, 1394H), 2: 199; ‘Abdul Rahman bin Muhammad al-Najdi
            (ed.), Hasiyah al-Rawd al-Murabbi’ Syarh Zad al-Mustaqni’ (t.tp: t.p., 1429H),
            174.
            10  Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini, Mughni al-Muhtaj ila Ma‘rifat Ma‘ani
            Alfaz  al-Minhaj  (Bayrut:  Dar  al-Ma‘rifah,  1997),  1:  603;  Ibn  Qudamah,  al-
            Mughni, 4: 270
            11  Al-Syarbini, Mughni al-Muhtaj, 1: 603; Ibn Qudamah, al-Mughni, 4: 270.



                                                                          144
                                           145
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159