Page 156 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 156

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

                                                                      19
            merupakan  pendapat  ‘Ikrimah,  satu  riwayat  Imam  Ahmad   dan
                            20
            mazhab al-Zahiri . Menurut pendapat ini hutang merupakan harta
            yang tidak subur sedangkan kewajipan zakat dikenakan atas harta-
            harta yang subur . Hutang juga ibarat harta yang tidak wujud, tuan
                            21
            harta  tersebut  hanya  mempunyai  beban  dan  sifat  harta  tersebut
            sahaja dan tidak memiliki zat harta tersebut .
                                                      22
               Setiap pendapat di dalam isu ini didokong oleh hujah dan alasan
            yang tersendiri. Walaupun begitu pendapat yang kuat adalah zakat
            diwajibkan pada hutang sekiranya genap haul dan mencukupi nisab.
            Ini  kerana  kekuatan  hujah  pendapat  yang  pertama  disamping
            dokongan hujah-hujah yang mewajibkan zakat pada hutang dalam
                                  23
            pendapat-pendapat lain . Begitu juga terdapat riwayat athar dari
            kalangan  sahabat  yang  jelas  menunjukkan  kewajipan  zakat  atas
            hutang. Abu ‘Ubayd menyebut :
                                          24

               “Adapun  yang  aku  pilih  dari  pendapat  ini  adalah
               bersandarkan  hadis-hadis  (athar-athar)  yang  telah  kami
               sebutkan daripada ‘Umar, ‘Uthman, Jabir dan Ibn ‘Umar.
               Kemudian  pendapat  para  al-Tabi’in  selepasnya  iaitu  al-
               Hasan,  Ibrahim,  Jabir  bin  Zayd,  Mujahid,  Maymun  bin
               Mihran  bahawasanya  dia  menzakatkannya  (hutang)  pada
               setiap tahun bersama-sama harta yang ada (pada tangan)
               jika  hutang  tersebut  pada  orang  yang  dipercayai  dan
               mampu, ini kerana ketika itu (hutang tersebut) sama seperti
               apa-apa  (harta)  yang  berada  pada  tangannya  dan
               dirumahnya…”




            19  Ibn Qudamah, al-Mughni, 4: 270; al-Mardawi, al-Insaf fi Ma‘rifah al-Rajih min
            al-Khilaf , 3: 17.
            20  Ibn Hazm, al-Muhalla, 6: 103
            21  Ibn Qudamah, al-Mughni, 4: 270.
            22  Ibn Hazm, al-Muhalla, 6: 105
            23   ‘Abdullah  bin  Mansur  al-Ghafili,  Nawazil  al-Zakah:  Dirasah  Fiqhiyyah
            Ta’siliyyah li Mustajaddati al-Zakat (al-Riyad: Dar al-Miman, 2008), 204.
            24  Abu ‘Ubayd, Kitab al-Amwal, 535.



                                                                          146
                                           147
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161