Page 158 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 158
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
Maksudnya: Sekiranya ia benar (agamanya) hendaklah dia
keluarkan zakat (bagi hutang) yang telah dia terima dan
bagi tahun-tahun yang berlalu.
Menurut pendapat ini, hutang yang tidak pasti adalah harta yang
dimiliki oleh pemiliknya dan harus dilakukan transaksi padanya,
oleh itu zakat wajib dikenakan pada hutang tersebut sama seperti
hutang pada tangan orang yang mampu memulangkannya tepat pada
waktu.
36
Pendapat ketiga pula menjelaskan wajib mengeluarkan zakat
pada hutang tersebut selepas diterima bagi tahun tersebut sahaja. Ia
merupakan pendapat yang kuat dalam mazhab Maliki, pada hutang
yang ada balasan (‘an ‘iwad), sekiranya pada hutang yang tidak ada
‘iwad maka tidak diwajibkan zakat .
37
Pendapat yang dilihat lebih kuat adalah pendapat yang
dikemukakan oleh golongan yang ketiga, iaitu zakat ditangguhkan
dahulu kemudian apabila telah dibayar maka ia akan dikenakan
zakat bagi tahun tersebut sahaja . Ini adalah kerana hutang yang
38
berada di tangan orang lain adalah merupakan harta pemilikan yang
tidak sempurna bagi pemiliknya, kerana itulah ia tidak dikenakan
zakat. Bahkan hutang yang dipulangkan itu dianggap sebagai harta
mal al-mustafad iaitu harta perolehan baru yang akan dikenakan
zakat zakat pada tahun ia diperolehi . Tambahan pula mewajibkan
39
zakat pada tahun yang lepas memberatkan pemilik tersebut dan
dilihat tidak menepati prinsip keadilan serta objektif syariah
(maqasid al-syari‘ah) . Bagi hutang yang mempunyai harapan
40
36 Ibn Qudamah, al-Mughni, 4: 270-271.
37 Malik bin Annas, al-Mudawwanah, 1: 314
38 ‘Abd Allah bin Salih al-Fawzan, Fiqh al-Dalil Syarh al-Tashil (al-Riyad:
Maktabah al-Rusyd, t.t.), 2: 357-358.
39 Mahmood Zuhdi, Pengurusan Zakat (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2003), 226-227.
40 Said Bouheraoua, RIaz Ansary & Said Adekunle Mikail, “Zakah on Non-
Current Bank Debts: Evaluation of The Theoretical Framework,” ISRA Research
Paper, 70 (2014), 23-24.
148
149