Page 163 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 163
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
dalam menjelaskan zakat hutang lapuk. Hutang ghayr marju al-ada’
atau doubtful debt adalah di mana pemiutang merasakan kurang
yakin hutangnya akan dikembalikan, dalam erti kata lain tahap
keyakinannya berada pada kurang 50%. Dalam perakaunan hutang
ini masih dinyatakan perakaunan sesuatu syarikat. Kecuali apabila
hutang itu berubah menjadi hutang lapuk (bad debt) maka ia akan
dikeluarkan dari balance sheet syarikat sebagai sebagai aset .
55
Justeru itu, sebagaimana yang dibahaskan oleh ulama, hutang
dalam kategori tersebut (hutang ragu dan hutang lapuk) akan
dikecualikan daripada pembayaran zakat. Namun, sekiranya hutang
tersebut telah diterima maka para ulama melihat status zakat
56
tersebut kepada tiga, kesimpulannya adalah seperti berikut ;
1. Zakat diwajibkan setelah hutang tersebut diterima dan melalui
haul setahun.
2. Zakat diwajibkan setelah hutang tersebut diterima dan dibayar
juga untuk tahun-tahun sebelumnya.
3. Zakat diwajibkan setelah hutang tersebut diterima untuk tahun
penerimaan tersebut sahaja.
Pandangan yang ketiga tersebut dirujuk bagi kes pemiutang
yang menanggung hutang lapuk mahupun hutang ragu. Iaitu hutang
lapuk atau ragu tersebut dikecualikan dalam pengiraan zakat
57
semasa . Namun sekiranya ianya telah diterima maka zakat
dikenakan sejurus pada waktu penerimaan untuk tahun penerimaan
sahaja. Sebagaimana yang telah dijelaskan, harta tersebut bukan
55 Said Bouheraoua, Riaz Ansary & Said Adekunle Mikail, “Zakah on Non-
Current Bank Debts: Evaluation of the Theoretical Framework”, Isra Research
Paper, 70 (2014); 11; Harold Randal & Davis Hopkins, Cambridge International
AS and A Level Accounting (Cambridge: Cambridge University Press, 2012), 61.
56 Muhammad Ikhlas Rosele, Luqman Hj. Abdullah & Wan Marhaini Wan
Ahmad, “Zakah and Debts: Note for Islamic Banks and Their Customers,”
presented paper in International Conference on Global Islamic Studies 2014
(ICGIS 2014), University of Salford, Manchester, 142.
57 Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (Dimasyq: Dar al-Fikr,
1985), 2: 771.
153
154