Page 159 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 159

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            untuk  dikembalikan  pada  tarikh  yang  ditetapkan  hendaklah
            dimasukkan di dalam perkiraan zakat.
               Mengenai persoalan hutang yang tempoh pembayarannya telah
            ditetapkan namun ia merupakan tempoh yang lama. Sebagai contoh
            hutang  yang  akan  dipulangkan  setelah  7  tahun  dari  tempoh
            pinjaman.  Dalam  keadaan  ini  ulama  berbeza  pendapat  dalam
            menetapkan hukum zakat ke atas hutang tersebut.
               Pendapat pertama menyatakan bahawa tidak wajib zakat ke atas
            hutang tersebut ia merupakan satu wajh (pandangan) dari pendapat
            golongan  Syafi‘iyyah ,  satu  riwayat  Imam  Ahmad ,  merupakan
                                                               42
                                 41
                                                                  44
            mazhab  Zahiri   dan  ditarjihkan  oleh  Ibn  Taymiyyah .  Mereka
                          43
            berhujah bahawa zakat tidak diwajibkan pada hutang yang tidak ada
            potensi untuk dipulangkan tepat pada tempohnya, oleh kerana itulah
            hutang dalam keadaan ini tidak diwajibkan zakat juga. Selain itu
            mereka menyatakan bahawa hutang yang dipulangkan dalam tempot
            yang sangat lewat tidak mungkin boleh diterima ia umpama hutang
            pada orang yang berada pada tangan orang yang susah .
                                                                45
               Pendapat kedua pula menyatakan zakat wajib dikenakan pada
            situasi  tersebut  setelah  hutang  tersebut  diterima  dan  dia  perlu
            membayar untuk tahun-tahun yang lepas. Ia merupakan pendapat
            yang  al-asah  bagi  golongan  al-Syafi‘iyyah ,  satu  riwayat  dari
                                                        46
                         47
                                                           48
            Imam Ahmad  dan ditarjihkan oleh Abu ‘Ubayd . Hujah golongan
            ini  adalah  serupa  dengan  hujah  mengenai  hutang  ditangan  orang
            yang susah. Pendapat golongan  inilah diterima dalam Lajnah  al-
            Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah wa al-Ifta’ di Arab Saudi .
                                                                     49

            41   Al-Nawawi, Rawdah al-Talibin, 2: 52.
            42   Al-Najdi (ed.), Hasiyah al-Rawd al-Murabbi’ , 174.
            43   Ibn Hazm, al-Muhalla, 6: 103.
            44  Ibn Taymiyyah, al-Fatawa al-Kubra, 5: 369
            45  Al-Ghafili, Nawazil al-Zakah Dirasah Fiqhiyyah Ta’siliyyah li Mustajaddat al-
            Zakat, 208.
            46  Al-Nawawi, al-Majmu‘, 6: 21-22.
            47  Al-Mardawi, al-Insaf fi Ma‘rifah al-Rajih min al-Khilaf , 3: 20.
            48  Abu ‘Ubayd, Kitab al-Amwal, 536.
            49  Al-Riasah al-‘Amah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah wa al-Ifta’, “Hukm Zakat al-
            Dayn       alladhi      Lam        Yuwaf,”      dikases      dari



                                                                          149
                                           150
   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164