Page 157 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 157
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
Berkenaan situasi kedua pula, iaitu hutang yang berada ditangan
orang di mana tidak pasti akan dibayar tepat pada waktunya. Ulama
juga berbeza pendapat mengenai hukum zakat pada hutang dalam
situasi ini. Pendapat-pendapat tersebut antaranya adalah seperti
berikut:
Pendapat pertama, tidak wajib zakat pada hutang yang tidak
pasti bila akan dipulangkan (al-dayn al-maznun). Ia merupakan
25
pendapat dalam mazhab Maliki , mazhab Syafi‘i , satu riwayat
26
27
28
dari Imam Ahmad , mazhab Zahiri dan pendapat yang dipilih oleh
Syaykh al-Islam Ibn Taymiyyah . Hujah bagi golongan ini adalah
29
kerana hutang tersebut tidak dapat dimanfaatkan, ia juga berasaskan
perkataan ‘Ali RA:
30
Maksudnya: Tidak ada zakat pada hutang yang diragui
Pendapat kedua pula menyatakan wajib dikenakan zakat pada
hutang tersebut selepas diterima pada tahun tersebut dan tahun-
tahun sebelumnya. Pendapat ini juga merupakan pendapat dalam
mazhab Maliki , mazhab Syafi‘i , mazhab Hanbali dan pendapat
31
32
33
34
yang dipilih oleh Abu ‘Ubayd . Hujah pendapat ini adalah
perkataan ‘Ali dan Ibnu ‘Abbas RA . ‘Ali RA menyebut berkenaan
35
hutang yang tidak pasti bila dipulangkan:
25 Malik bin Annas, al-Mudawwanah, 1: 326.
26 Al-Nawawi, al-Majmu’, 6: 19-20.
27 Ibn Qudamah, al-Mughni, 4: 270.
28 Ibn Hazm, al-Muhalla, 6: 103
29 Ibn Taymiyyah, al-Fatawa al-Kubra (Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah,
1987), 5: 369
30 ‘Abd Allah bin Yusuf al-Zayla’i, Nisbi al-Rayah li al-Ahadith al-Hidayah
(Jeddah: Dar al-Qiblah, t. t.), 2: 334.
31 Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Kafi (al-Qahirah: Hajar, 1997), 2: 90.
32 Al-Nawawi, Raudah al-Talibin, 2: 51-52; al-Nawawi, al-Majmu’, 6: 21.
33 Ibn Qudamah, al-Kafi, 2: 90, al-Bahuti, Kasysyaf al-Qina’ ‘an Matn al-Iqna’,
2: 199.
34 Abu ‘Ubayd, Kitab al-Amwal, 536.
35 Al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra, 4: 252.
147
148