Page 162 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 162

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Penghutang  yang  mempunyai  tanggungan  hutang  (semu
            kategori  hutang)  yang  melebihi  hartanya  dikecualikan  untuk

                                                            ﺻ
                                                          ﺔ
                                                           ﯿ
            membayar zakat. Hal ini bersandarkan kaedah ( ﻠ   ﻷ             ا ﻟ ﻤﺸﻐ ﻮ ل   ﺑ ﺎ ﻟ ﺤ ﺎﺟ ﺔ   ا
                 ﻛ ﺎ ﻟ ﻤ ﻌ ﺪوم  ),  iaitu  “apa  yang  sibuk  untuk  (digunakan)  keperluan  asas
            dianggap seperti tiada” . Namun, jika hartanya melebihi daripada
                                  53
            jumlah  hutang  dan  mencukupi  nisab,  hendaklah  dia  membayar
            zakat.  Hal  ini  jelas  dalam  perbincangan  ulama  yang  telah
            dikemukakan.
               Penghutang boleh menerima zakat atas asas asnaf al-gharimin.
            Penghutang  dalam  kes  hutang  lapuk  ini  sebenarnya  mempunyai
            ruang untuk menerima zakat bagi melangsaikan hutangnya. Namun
            pada hakikatnya al-gharimin adalah orang yang menanggung hutang
            yang  pada  asalnya  bukanlah  kelazimannya  untuk  berhutang.
            Seseorang  itu  berhutang  untuk  mendamaikan  pihak  yang
            bertelingkah  atau  sebarang  sebab  syarak.  Justeru  kedudukan
            penghutang yang berhutang untuk kegunaan peribadi, atau keluarga
            masih dalam kerangka perbahasan para ulama. Al-Qurrah al-Dhaghi
                                                        54
            merumuskan perbincangan ini kepada berikut ;

            1.  Sekirannya sesorang itu tidak memiliki sesuatu pun sedangkan
                dia berhutang, maka dia boleh diberikan zakat secara sepakat.
            2.  Sekiranya seseorag itu berhutang untuk kemaslahatan dirinya,
                dan dia mempunyai harta cukup untuk membayar hutangnya
                dan lebihan untuk dirinya. Maka jumhur fuqaha’ menyatakan
                zakat tidak diberikan kepadanya.
            3.  Jika  seseorang  itu  tidak  mempunyai  harta  yang  mencukupi
                untuk  hutangnya,  akan  tetapi  dia  mempunyai  kemampuan
                bekerja, perkara ini menjadi khilaf para fuqaha’.

                Sebagaimana  yang  telah  disebutkan  sebelum  ini,  hutang
            dibahagi kepada beberapa bahagian. Justeru dalam perbincangan ini
            aspek  hutang  ghayr  marju  al-ada’  adalah  satu  aspek  yang  tepat

            53   ‘Umar  bin  Ibrahim  Ibn  Nujaym,  al-Nahr  al-Fa’iq  Syarh  Kanz  al-Daqa’iq
            (Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2002), 1: 414.
            54  ‘Ali Muhyi al-Din al-Qurrah al-Daghi, Buhuth fi Fiqh Qadaya al-Zakah al-
            Mu’asirah (Bayrut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah, 2013), 333.



                                                                          152
                                           153
   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167