Page 164 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 164

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            berada  pada  tangan  pemiutang  dan  sukar  untuk  dia
            memperolehinya.  Justeru  ia  seolah  menafikan  syarat  pemilikan
            sempurna iaitu memiliki harta dan berkuasa untuk mengurusnya .
                                                                          58
            Jadi  dalam  hal  hutang  ragu  dan  hutang  lapuk,  pemiutang  seolah
            hilang kuasa untuk mengurus harta tersebut. Dalam pada yang lain,
            apabila tidak mewajibkan zakat pada pemiutang bagi kes ini dilihat
            lebih memelihara kemaslahatannya kerana hutang tersebut tidak lagi
                         59
            bersifat subur .

            KESIMPULAN
            Zakat ke atas hutang mempunyai perbincangan yang panjang dalam
            ilmu fiqh, oleh kerana itulah wujud perbezaan dalam menyelesaikan
            isu zakat hutang. Tambahan pula konsep zakat hutang ini terpakai
            dalam  perbankan  mahupun  institusi  kewangan  Islam  yang  wajib
            untuk  mengeluarkan  zakat.  Kerana  itulah  perbahasan  yang
            terperinci serta usaha mengaitkan zakat hutang ini dalam amalan
            semasa  perlu  dilakukan.  Kertas  kerja  ini  telah  membuat  kajian
            secara kualitatif untuk mendapatkan dan memperjelaskan beberapa
            maklumat penting mengenai zakat hutang dan kesannya.
               Oleh  itu  terdapat  beberapa  perkara  yang  dapat  disimpulkan
            daripada kertas kerja ini. Pertama hutang lapuk adalah hutang yang
            potensi untuk diperolehi semula tiada. Justeru ia sebenarnya dalam
            bentuk hutang yang tiada potensi untuk dilunaskan atau hutang yang
            langsung tiada harapan untuk diterima. Justeru zakat bagi pemiutang
            dalam hal ini boleh dikecualikan.

            RUJUKAN
            ‘Abd al-Ghina al-Ghanimi al-Dimsyaqi (t.t.). Al-Lubab fi Syarh al-
               Kitab. Bayrut: al-Maktabah al-‘Ilmiyyah, t.t.
            ‘Abd Allah bin Salih al-Fawzan (t.t.). Fiqh al-Dalil Syarh al-Tashil.
               Al-Riyad: Maktabah al-Rusyd.




            58  Muhammad ‘Umar al-Ramafuri, al-Binayah fi Syarh al-Hidayah (Bayrut: Dar
            al-Fikr, 1990),3: 342.
            59  Mahmood Zuhdi, Pengurusan Zakat, 227



                                                                          154
                                           155
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169