Page 161 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 161
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
2. Dalam amalan perbankan juga telah membahagikan 3 bentuk
hutang berasaskan tempoh keingkaran penghutang sebagaimana
51
berikut ;
i. Tempoh 6 bulan hingga 9 bulan dari tempoh keingkaran
dianggap sebagai hutang substandard. Hal ini masih
mempertimbangkan rekod-rekod pembayaran buruk,
kewangan tidak menguntungkan atau seumpamanya yang
mengakibatkan tidak upaya membayar balik pinjaman.
ii. Selepas 9 bulan hingga 12 bulan dari tempoh keingkaran
pula dianggap sebagai hutang ragu. Dalam keadaan ini
dianggap sebagai satu risiko tinggi keingkaran muktamad.
iii. Manakala selepas 12 bulan dari tempoh keingkaran boleh
dianggap sebagai hutang lapuk.
3. Default in payment; merupakan suatu kegagalan penghutang
membayar hutangnya apabila tiba tempoh matang. Kegagalan
ini boleh berlaku sama ada penghutang sengaja sedangkan dia
mampu atau dia sememangnya tidak berkemampuan.
Daripada kenyataan tersebut, boleh dilihat secara holistik
dengan teori yang telah dikemukakan. Dalam keadaan ini, Islam
pada dasarnya mengambilkira keadaan pemiutang dan penghutang
dalam kewajipan zakat.
Perkara pertama yang perlu ditekankan terlebih dahulu, pada
setiap bentuk hutang yang telah dijelaskan, penghutang
bertanggungjawab untuk membayar hutang-hutangnya. Namun jika
mengalami kesukaran dalam melangsaikan hutang perlu mendapat
budi bicara pemiutang untuk melakukan penjadualan semula
52
bayaran hutang .
51 Nur Ainina Mohd Fauzi & Abdul Ghafar Ismail, Pengurusan Hutang Lapuk di
Perbankan Islam Merentasi Kitaran Ekonomi, Prosiding Perkem VIII, JILID 1
(2013); 38 – 49, 43.
52 Mohamad Akram Laldin, et. al., “Debt Form Shari’ah and Economic
Perspectives: Concepts, Issues and Implications,”ISRA Research Paper, 81
(2015); 17-18.
151
152