Page 153 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 153

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            mencukupi  nisab  dia  wajib  untuk  mengeluarkan  zakat  dan  jika
            bakinya tidak mencukupi nisab maka zakat tidak dipungut daripada
            harta berkenaan. Atas dasar inilah bebas daripada hutang dijadikan
            syarat bagi harta yang dizakatkan (al-Qaradawi, 1994).
               Walau  bagaimanapun  tidak  semua  fuqaha’  bersetuju
            menjadikan bebas daripada hutang sebagai syarat bagi harta yang
            wajib dizakatkan. Mereka berpendapat bahawa hutang diwajibkan
                                                              1
            atas harta bukan ke atas diri pemilik harta tersebut . Pendapat ini
            adalah  pendapat  dalam  mazhab  Syafi‘i,  satu  riwayat  dari  Imam
                                          2
            Ahmad  dan  mazhab  Zahiri .  Al-Nawawi  dan  al-Mawardi
                                       3
            mentarjihkan  pendapat  ini .  Ibn  Rusyd  menjelaskan  bahawa
            golongan ini menolak syarat ini kerana berpendapat bahawa zakat
            bukan semata-mata hak atas harta tetapi ia merupakan ibadat yang
            wajib ditunaikan oleh setiap pemilik harta. Ibadat merupakan hak
            Allah sedangkan hutang merupakan hak manusia, sedangkan hak
            Allah perlu diutamakan berbanding hak-hak lain . Golongan ini juga
                                                          4
            berhujah dengan dalil-dalil umum yang mewajibkan zakat harta.
               Pandangan yang pertama dilihat kuat kerana dua perkara iaitu ia
            merupakan  pendapat  jumhur  ulama  salaf  bahkan  ada  yang
            meriwayatkan  ianya  adalah  ijmak  para  sahabat.  Seterusnya,
            pandangan pertama ini dilihat menepati dengan objektif syarak .
                                                                        5
               Bagi keadaan hutang yang kedua pula iaitu hutang yang berada
            ditangan orang lain ia terbahagi kepada dua situasi. Situasi pertama
            adalah hutang yang berada ditangan orang lain namun ada harapan
            untuk  dipulangkan  pada  masa  yang  ditetapkan,  manakala  situasi

            1   Yahya  bin  Syaraf  al-Nawawi  a,  al-Majmu‘  Syarh  al-Muhadhdhab  (Misr:
            Matba’ah al-Imam, t.t.), 5: 313.
            2  ‘Ali bin Sulayman al-Mardawi, al-Insaf fi Ma’rifah al-Rajih min al-Khilaf ‘ala
            Madhhab al-Imam Ahmad ibn Hanbal (Bayrut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi,
            1998), 3: 13; dan ‘Ali bin Ahmad Ibn Hazm, al-Muhalla (al-Qahirah: Dar al-
            Turath, t.t.), 6: 99.
            3   Al-Mawardi, al-Hawi al-Kabir, 3:310; al-Nawawi, Rawdah al-Talibin, 2: 54.
            4   Muhammad  bin  Ahmad  Ibn  Rusyd,  Bidayah  al-Mujtahid  wa  Nihayah  al-
            Muqtasid (Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2009), 1: 366-367.
            5  Ahmad bin Muhammad al-Khalil, Zakat al-Madin wa Tatbiqatuhu al-Mu‘asirah
            (al-Riyad: Dar Ibn al-Jawzi, 1428H), 49-50. Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid, 1:
            366-367.



                                                                          143
                                           144
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158