Page 149 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 149

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Definisi yang dikemukakan tersebut merangkumi harta dan hak-
            hak bukan harta seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya (Wizarah
            al-Awqaf  wa  al-Syu’un  al-Islamiyyah,  1992).  Menurut  al-Jurjani
            (t.t.) hutang bermaksud;

               “Sesuatu yang tidak akan gugur kecuali setelah dilunaskan
               atau mendapat ibra’.”

               Hutang  hakikatnya  adalah  pengganti  kepada  harta,  ia  juga
            dianggap sebagai nilai tangguh, aset belian tangguh atau pengganti
            manfaat seperti manfaat yang diperolehi dari mahar, manfaat tanah
            yang  disewakan  dan  seumpamanya.  Justeru  sebahagian  ulama
            menyatakan hutang sebagai harta hukmi bukan yang hakikat (Misri,
            2002).
               Dalam  Islam,  berhutang  adalah  diharuskan  kerana  ia  adalah
            suatu  bentuk  keperluan  manusia  dalam  menjalankan  aktiviti
            kehidupan mereka. Apatah lagi pada hari ini, hutang adalah suatu
            keperluan yang lebih mendesak berbanding zaman dahulu.
               Hutang pula dibahagikan kepada beberapa pembahagian, antara
            pembahagian hutang adalah sepertimana berikut (al-Zuhayli, 2011);
            1.  Pembahagian hutang dari sudut pemiutang, ia terbahagi kepada
               dua iaitu;
               a.  Hutang  kepada  Allah;  iaitu  setiap  yang  perlu  dilunaskan
                   kerana  ia  merupakan  hak  Allah.  Ia  boleh  dikategorikan
                   kepada  dua  perincian  iaitu  hak  yang  menzahirkan  sifat
                   taqarrub  kepada  Allah  dan  hak  yang  melibatkan
                   kemaslahatan umum.
               b.  Hutang  kepada  hamba;  hutang  yang  dituntut  oleh  hamba
                   keran ia merupakan haknya.

            2.  Pembahagian  hutang  berdasarkan  kemungkinan  untuk
               digugurkan atau tidak, ia terbahagi kepada dua iaitu;
               a.  Hutang yang sah; iaitu hutang yang sabit pada tanggungan
                   dan  ia  tidak  akan  gugur  kecuali  setelah  dilunaskan  atau
                   mendapat ibra’ (pelepasan).





                                                                          139
                                           140
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154