Page 150 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 150

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               b.  Hutang yang tidak sah; iaitu hutang yang akan gugur apabila
                   dilunaskan  atau  mendapat  pelepasan,  ia  juga  boleh  gugur
                   atas sebab-sebab lain. Ia juga dikenali sebagai hutang ghary
                   lazim  seperti  bayaran  ju’alah,  hutang  kanak-kanak  dan
                   hutang orang safih atau orang yang boros.

            3.  Pembahagian  hutang  berdasarkan  jaminan  atau  tidak;  ia
               dibahagi kepada dua iaitu;
               a.  Hutang  mutlak;  iaitu  hutang  yang  hanya  melibatkan
                   tanggungan  penghutang  semata-mata  dan  tidak  berkait
                   dengan harta lain penghutang
               b.  Hutang yang dijamin; iaitu hutang yang diikat dengan harta
                   penghutang    sebagai    jaminan    untuk   melangsaikan
                   hutangnya. Contoh yang jelas adalah dalam kes al-rahn.

            4.  Pembahagian      hutang     berasaskan     tempoh      untuk
               melangsaikannya, ia terbahagi kepada dua;
               a.  Hutang semasa; iaitu hutang yang wajib dilunaskan apabila
                   diminta, seperti nilai barang jual beli, deposit bagi urusniaga
                   salam dan seumpamanya.
               b.  Hutang  yang  mempunyai  tempoh  untuk  dilunaskan;  iaitu
                   hutang yang tidak wajib dilunaskan kecuali setelah sampai
                   tempoh  yang  telah  ditetapkan.  Akan  tetapi  jika  ia
                   dilangsaikan awal adalah dibolehkan.

               Namun  dalam  konteks  perbahasan  zakat,  terdapat  beberapa
            pembahagian  hutang  yang  perlu  diberi  perhatian  sebagaimana
            berikut (al-Zuhayli, 2011);
            1.  Hutang yang ada harapan; iaitu pemiutang mempunyai harapan
               hutangnya  akan  dibayar,  iaitu  ia  mampu  mendapatkan
               hutangnya
            2.  Hutang yang tiada harapan; merupakan hutang yang berada pada
               orang  yang  sempit  atau  yang  tidak  dipercayai  atau  yang
               melewat-lewatkan atau lambat
            3.  Hutang al-ma’dum; iaitu hutang yang langsung tiada harapan
               untuk diterima kerana penghutang itu muflis atau seumpamanya.




                                                                          140
                                           141
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155