Page 147 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 147

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            seperti penafsiran semula asnaf, konsep pemilikan sempurna, zakat
            oleh entiti perundangan seperti syarikat, zakat mata wang digital,
            zakat hutang lapuk dan hutang ragu dan sebagainya.
               Kajian  ini  akan  membincangkan  isu  zakat  hutang  lapuk.
            Perbincangan dalam kertas kerja ini akan meliputi konsep zakat dan
            hutang. Selain itu, perbincangan fiqh berkenaan zakat hutang juga
            dibincangkan.  Setelah  mengenalpasti  konsep  hutang  dan  zakat
            hutang,  kajian  akan  menjelaskan  kedudukan  hutang  lapuk  dalam
            kerangka perbincangan fiqh zakat. Kedudukan zakat hutang lapuk
            ini menyentuh dua aspek penting iaitu penghutang dan pemiutang.

            KONSEP ZAKAT DAN HUTANG
            Zakat dari sudut Bahasa adalah subur (al-Nama’), walaupun pada
            kasarnya ia telah mengurangkan sebahagian harta akan tetapi yang
            tersirat  ia  mendatangkan  kesuburan  pada  harta  seseorang  (al-
            Juwayni,  2007).  Maksud  lain  dari  zakat  adalah  jernih,  berkat,
            kepujian bersih, cerdik, subur dan selainnya (Ibn Manzur, 1990).
            Dari  sudut  Istilah  zakat,  al-Ruwayani  (2002)  menjelaskannya
            sebagai;

               Sesungguhnya zakat adalah satu sedekah dari harta yang
               tertentu,  iaitu  apa  yang  dikeluarkan  daripada  hartanya,
               iaitu  harta  yang  terpilih  kepada  orang  yang  memerlukan
               sebagai penyucian dan pembersihan harta.

            Manakala al-Sa’di (2001) memberi takrifan zakat sebagai:

               Hak yang wajib daripada harta yang khusus, pada waktu
               yang khusus dan diserahkan kepada golongan yang khusus.
               DInamakan  sebagai  zakat  kerana  ia  menyucikan  harta
               dalam erti kata menyuburkannya.

            Al-Musili (2009) pula menjelaskan zakat sebagai;

               Merupakan  satu  ibarat  tentang  wajibnya  sejumlah  harta
               dari harta tertentu kepunyaan pemilik tertentu.




                                                                          137
                                           138
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152