Page 143 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 143

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               hendaklah  diambilkira  dan  kemudian  tolakkan  hutangmu
               sendiri, barulah dikeluarkan zakat atas bakinya itu (Ubaid 2009).
                   Oleh itu berdasarkan maklumat dari riwayat di atas, simulasi
               kiraan adalah sepertimana kiraan zakat kepada peniaga runcit
               dengan beberapa pengubahsuaian (Zakat, t.t) yang mengambil
               kira semua perolehan setahun ditolak segala kos perbelanjaan
               setahun yang ditanggung. Bakinya dikenakan zakat pada kadar
               2.5%  jika  mencukupi  nisab.  Ini  bermakna  keuntungan  bersih
               setelah ditolak segala kos dan perbelanjaan.

               [Hasil perolehan akaun media sosial – kos perbelanjaan (utiliti,
               operasi dan yang berkaitan)] X 2.5% = Jumlah Zakat

            2.  Asas kiraan zakat berdasarkan konsep zakat al-mustaghallat. Ini
               merujuk  kepada  kedudukan  akaun  media  sosial  yang  pada
               asasnya  tiada  kewajipan  berzakat,  namun  apabila  ianya
               disewakan maka mendatangkan hasil dari sewaan tersebut.

               [Sewaan akaun media sosial – (kos berkaitan (utiliti, operasi, fi
               domain dan seumpamanya) + perbelanjaan yang dibenarkan)]
               X 2.5% = Jumlah Zakat

            3.  Asas kiraan zakat berdasarkan konsep zakat pendapatan (al-mal
               al-mustafad).

               [Hasil  pendapatan  akaun  media  sosial  –  perbelanjaan  yang
               dibenarkan  (diri  sendiri,  isteri,  anak,  ibu  bapa,  tanggungan,
               pendidikan  dan  lain-lain  yang  berkaitan)]  X  2.5%  =  Jumlah
               Zakat

            KESIMPULAN DAN CADANGAN
            Masih banyak ruang harta-harta yang bersifat semasa untuk dikaji
            potensi  kenaan  zakat  ke  atasnya.  Zakat  bukanlah  hanya  terhad
            kepada  harta-harta  bersifat  klasik,  akan  tetapi  mencakupi  semua
            jenis  harta  yang  menepati  aspek  (‘illah)  kenaan  zakat.  Kajian
            berterusan dan kerjasama antara para penyelidik, pengkaji samada




                                                                          133
                                           134
   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148