Page 141 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 141

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            HUKUM  ZAKAT  KE  ATAS  PENDAPATAN  PEMILIK
            AKAUN MEDIA SOSIAL
            Sebelum membincangkan secara lebih lanjut mengenai hukum zakat
            ke  atas  pemilik  akaun  media  sosial  ini,  terlebih  dahulu  wajar
            dijelaskan  bahawasanya  kandungan  atau  bahan  yang  mendasari
            konten  media  sosial  tersebut  wajar  diberi  perhatian.  Begitu  juga
            bahan iklan yang menjadi subjek yang diiklankan.
               Ini adalah kerana kandungan media sosial atau bahan iklan boleh
            menjadi  pembolehubah  kepada  kenaan  zakat  atau  tidak  kepada
            pemiliknya kerana sesuatu yang bersifat melanggar hukum syarak,
            membawa kepada kemudharatan yang jelas atau membawa kepada
            haram,  atau  bersifat  haram  dengan  sendirinya  adalah  dianggap
            haram. Justeru, setiap yang terkait dengan membawa maksud yang
            haram dan melanggar syariat adalah ditolak. Ini adalah berdasarkan
            kepada kaedah fiqh (Al-Qarafi, 1992):

                “Segala wasilah atau cara adalah mengikut hukum maksud
                                      atau tujuan.”

               Kaedah  atau  cara  (wasilah)  ini  hendaklah  difahami,  jika
            wasilahnya  haram  maka  hukumnya  haram  dan  jika  wasilahnya
            wajib, maka hukumnya wajib. Begitulah baki pada hukum-hukum
            yang lain.
               Maka zakat tidak dikenakan ke atas sesuatu yang bersifat haram.
            Syarat pemilikan sesuatu harta yang dikenakan zakat adalah tidak
            bersumberkan dari sesuatu yang bersifat haram atau dengan jalan
            yang  keji.  Berkata  para  ulama’  bahawasanya  sesuatu  harta  itu
            meskipun cukup nisabnya tidak dikenakan zakat jika ianya haram.
            Para  ulama’  memberikan  sebab  (ta’lil)  bahawasanya  harta  yang
            haram itu bukanlah pada dasarnya milik kepada tuannya dan dia
            dihalang  sebenarnya  dari  memanipulasi  atau  menggunakan  harta
            tersebut (Al-Qaradhawi. 1999).
               Berbalik semula kepada persoalan zakat ke atas pemilik akaun
            media  sosial  yang  jelas  pendapatannya  dan  kandungannya  tidak
            melanggar  hukum  syarak,  maka  dilihat  kepada  kriteria,  sifat  dan
            bentuk harta yang diperolehi adalah menepati hukum kenaan zakat.




                                                                          131
                                           132
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146