Page 140 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 140

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Perjanjian sewa menyewa mempunyai peranan sangat penting
            dan harus sesuai struktur akad ijarah yang terdiri dari empat rukun
            utama:
            1.  A’qidain  iaitu  dua  pihak  yang  melakukan  proses  ijarah  yang
               dikenali sebagai mu’jir (pemberi manfaat sewaan) dan musta’jir
               (penyewa)
            2.  Manfa’ah (khidmat atau manfaat sesuatu yang menjadi objek
               akad  ijarah)  yang  mestilah  tertakluk  kepada  yang  halal  dan
               patuh Syariah.
            3.  Ujrah (upah atas khidmat atau manfaat barang yang disewa),
            4.  Sighah (lafaz akad ijarah) iaitu transaksi berupa ijab dan qabul
               antara  kedua  belah  pihak  dengan  pernyataan  upah  tertentu,
               samada  secara  jelas  (sorih),  implisit  (kinayah)  atau  secara
               simbolik (mu’athaah)

               Ini  bermaksud  pemilik  akaun  media  sosial  bertindak
            menyewakan  ruang  di  dalam  akaun  miliknya  untuk  pengusaha,
            peniaga  atau  sesiapa  yang  ingin  memanfaatkan  jumlah  pengikut
            yang ada pada SMI bagi tujuan promosi barangan, pengiklanan dan
            seumpamanya. Maka SMI tadi bertindak sebagai pemberi manfaat
            sewa dan pengusaha adalah pihak yang menyewa. Bayaran tertentu
            yang  telah  dipersetujui  samada  ditawarkan  oleh  pihak  yang
            menyewa atau penyedia perkhidmatan akaun media sosial mengikut
            terma dan syaratnya berdasarkan jumlah tontonan atau klik.
               Selain  ijarah,  konsep  atau  aplikasi  fiqh  kedua  yang  boleh
            dijadikan sandaran hukum kepada isu ini adalah kontrak ujrah iaitu
            upah, komisyen, yuran, ataupun bayaran (fee) yang diberi secara
            langsung atas perkhidmatan yang dilaksanakan. Dalam konteks ini
            pemilik  akaun  media  sosial  sebagai  SMI  bersetuju  untuk
            mempromosi  barangan,  perkhidmatan  atau  melakukan  sendiri
            aktiviti  pemasaran  secara  langsung  di  akaun  miliknya.  Manakala
            pihak kedua merupakan peniaga atau pengusaha sesuatu produk atau
            perkhidmatan  yang  mengupah  SMI  selaku  pemilik  akaun  media
            sosial itu tadi untuk menjalankan promosi bagi pihaknya.






                                                                          130
                                           131
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145