Page 138 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 138
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
“Setiap harta yang berkembang (subur) adalah tabungan
(sumber) untuk zakat.”
Menurut Ibn Abidin (1966), bentuk pengembangan atau
kesuburan harta itu terbahagi kepada dua kategori iaitu haqiqi dan
taqdiri. Kesuburan haqiqi berlaku dengan cara mengalami
pertambahan menerusi kelahiran anak binatang ternakan atau
keuntungan dari perniagaan. Adapun pengembangan secara taqdiri
pula bermaksud kemampuan atau potensi harta tersebut untuk
mengalami pertumbuhan atau perkembangan sama ada ia berada di
tangan tuan punya harta itu atau berada di tangan orang lain. Al-
Kasani (t.t) menyebutkan bukanlah kesuburan itu semata-mata yang
hakiki, tetapi maksudnya harta tersebut diletakkan pada kedudukan
yang boleh berkembang subur seperti diniagakan atau dipelihara
bagi tujuan perolehan hasil. Tambahan dari itu harta tersebut
mestilah tidak akan susut melalui perjalanan masa, kerana jika
begitu kesannya akan membuat pembayar zakat itu sendiri menjadi
fakir dan ini sudah tentu bertentangan dengan syariat Islam. Contoh
yang diberikan oleh Al-Qaradhawi (1999) dalam masalah ini ialah
hasil pertanian seperti biji-bijian tidak akan berkembang lagi selepas
ianya dituai dan akan habis jika diberikan zakat selepas ia dituai.
Harta-harta itu mempunyai keupayaan untuk dikembangkan samada
melalui perniagaan atau ternakan (sa' imah) kerana dengan sebab
perniagaan dan ternakan ini harta-harta itu berkembang. Cara-cara
pengembangan harta ini tidak terhad kepada cara di atas sahaja,
tetapi boleh juga melibatkan pelbagai cara baru yang mendatangkan
hasil seperti penyewaan, upah, harta perolehan (mal mustafad) dan
lain-lain lagi. Kesemua aspek-aspek ini dibincangkan di tempat-
tempat lain di dalam tesisnya terutama di bawah tajuk zakat al-
mustaghallat dan zakat pengajian dan pendapatan bebas.
Ismail (1997) menyatakan bahawasanya syariat tidak semata-
mata menetapkan pekembangan berlaku secara hakiki semata-mata
akan tetapi berdasarkan potensi perkembangan yang boleh berlaku
kerana kepelbagaian sifat dan jenisnya sebagaimana pandangan
Ibnu Qudamah. Meskipun pemilik harta itu bermalasan dalam
mengembangkan hartanya, masih kewajipan zakat itu tertakluk
128
129