Page 135 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 135
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
dan untuk mendapat kepercayaan khalayak sasaran menerusi
pemilihan individu yang sesuai dan memenuhi kriteria untuk
mewakili jenama yang akan menerima bayaran sebagai jurucakap
yang akan mencadangkan dan mempengaruhi pembelian produk
yang diiklankan.
Menurut Abdul Halim (2019), penglibatan penggunaan media
sosial terdapat dalam pelbagai bentuk antaranya sebagai platform
untuk berinteraksi melalui alam maya dan dalam talian sosial.
Antara jaringan sosial yang popular dalam kalangan masyarakat
Malaysia ialah Whatsapp, Instagram, Myspace, Facebook, Twitter
dan seumpamanya yang merangkumi aspek perniagaan, penyebaran
maklumat, ideologi, dan dakwah terkini serta dijadikan platform
atau pengantara untuk sistem pendidikan era millennium.
Selain itu berdasarkan artikel oleh Nordin (2019), penggunaan
media sosial perlu diselaraskan penggunaannya ke arah kebaikan
yang mencerminkan akhlak mulia sebagai umat Islam.
Sebuah kajian yang agak menarik oleh Septiyani (2017) sewaktu
membincangkan tentang hukum transaksi jual beli bilangan
pengikut (followers) di media sosial Instagram boleh dijadikan
sebagai rujukan sampingan yang baik. Meskipun tidak
membahaskan persoalan zakat secara spesifik, namun perbahasan
mengenai persoalan hukum fiqh yang berkaitan jual beli membuka
dimensi perbahasan hukum yang bersifat komparatif. Menurut
beliau, penggunaan media sosial tersebut akhir-akhir ini menjadi
semakin meningkat. Meskipun fungsi utama media sosial tersebut
adalah sebagai medium seseorang untuk melakukan interaksi,
komunikasi dengan keluarga, rakan taulan dan mencari jaringan
baru. Seiringan dengan perkembangan masa, media sosial tersebut
beralih fungsinya tidak hanya untuk media komunikasi akan tetapi
digunakan untuk kegiatan perniagaan, media mengekspresikan diri,
bahkan pentas untuk berlumba meningkatkan populariti dengan
menambah jumlah pengikut (followers) sehingga akhirnya perkara
tersebut menjadi medium dagangan atau perkara yang dijual beli
kerana semakin ramai pengikut, semakin banyak penghasilan
keuntungan boleh dibuat menerusi pengiklanan dan seumpamanya.
125
126