Page 131 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 131

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            memastikan kelestarian ibadah yang menjadi rukun Islam ke-3 ini
            sentiasa ditunaikan mengikut kehendak syariat.

            Kata kunci: Fiqh, zakat, hukum, harta, klasik, kontemporari, media
            sosial, siber, facebook, instagram, twitter, tik tok

            PENDAHULUAN
            Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang menjadi salah satu
            sistem  pentadbiran  sumber  kewangan  yang  disusun  oleh  Allah
            S.W.T  sebagai  asas  keseimbangan  hidup  hambaNya.  Kewajipan
            berzakat memberi kesan yang positif bukan sahaja kepada individu
            pembayar  itu  sendiri,  malah  ianya  sangat  berkait  rapat  dengan
            keberkatan  harta,  keutuhan  ekonomi,  keseimbangan  sosial,
            kestabilan politik, pemurnian iman dan akhlak.
               Menurut al-Jurjawi (1999), bahwasanya krisis keamanan yang
            menimpa  sesebuah  negara  adalah  himpunan  kepada  beberapa
            musibah-musibah  yang  besar  antaranya  krisis  ekonomi  yang
            diakibatkan  oleh  kelalaian  golongan  korporat  yang  mengabaikan
            masalah  golongan  fakir  dan  miskin.  Dalam  hal  ini  kita  merujuk
            kepada firman Allah Ta’ala:

               Maksudnya: “Tetapkanlah untuk kami kebaikan di dunia ini
               dan juga di akhirat. Sesungguhnya kami kembali kepadaMu
               (dengan  bertaubat).  Allah  berfirman  :  AzabKu  akan
               kutimpakan  kepada  sesiapa  yang  Aku  kehendaki,  dan
               rahmatKu  meliputi  segala  sesuatu.  Maka,  Aku  akan
               menetapkan  rahmatKu  bagi  orang-orang  yang  bertaqwa,
               yang menunaikan zakat dan yang beriman kepada ayat-ayat
               Kami.” (Surah al-A’araf : 156)

               Justeru, berdasarkan kredibiliti ibadat zakat ini dalam memberi
            keseimbangan  dan  pemurnian  kepada  masyarakat  dari  aspek
            material  dan  rohani  serta  peranannya  dalam  menjana  sistem
            kewangan yang stabil dan kukuh sepanjang masa, maka ibadat ini
            juga  terkesan  dengan  perkembangan  dunia  dan  bentuk  kekayaan
            yang  sentiasa  mengalami  perubahan  dan  pembaharuan.




                                                                          121
                                           122
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136