Page 136 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 136

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Manakala dari aspek kajian mengenai sumber baru kenaan zakat
            pula  terdapat  sebuah  artikel  yang  menarik  membincangkannya
            secara tidak langsung berkaitan zakat ke atas harta yang diikhtilaf.
            Menurut  Sanep  Ahmad  (2005),  langkah  meluaskan  asas  zakat
            mempunyai  potensi  untuk  dilakukan  memandangkan  terdapat
            pelbagai  jenis  harta  dan  aktiviti  ekonomi  masa  kini  dapat
            menghasilkan  pendapatan  yang  lumayan.  Dalam  sesetengah  kes
            mungkin  hasil  usaha  sebahagian  aktiviti  ekonomi  mendatangkan
            hasil jauh lebih lumayan berbanding hasil bagi harta klasik yang
            diwajibkan zakat. Oleh itu jika hasil usaha diambil kira maka adalah
            wajar  zakat  harta  diperluaskan  kepada  harta  lain  yang
            mendatangkan perolehan yang lumayan. Mereka juga menukilkan
            contoh  yang  dilakukan  pada  zaman  Umar  al-Khattab  yang
            mewajibkan  zakat  ke  atas  kuda  yang  sebelumnya  tidak  pernah
            dilakukan  pada  zaman  Rasulullah  atau  pada  era  khalifah
            sebelumnya.  Isu  mengenakan  zakat  kepada  harta  yang  diikhtilaf
            mula dibincangkan dalam muktamar zakat yang pertama pada 30
            April 1984 di Kuwait yang menyenaraikan beberapa kategori harta
            yang disebut sebagai wajib dizakat seperti saham, bon (sukuk) dan
            harta al-mustaghallat.

            KONSEP DAN KRITERIA HARTA KENAAN ZAKAT
            Harta atau dalam Bahasa Arabnya disebut al-Mal, adalah sesuatu
            yang dimiliki dan bermanfaat secara halal (Manzur,1956). Menurut
            Al-Qaradhawi (1999) dalam masalah berkaitan harta, para fuqaha’
            berseslisih  pandangan.  Menurut  ulama’  Hanafiyyah  harta  adalah
            sesuatu yang boleh dikawal atau dipegang dan dimanfaatkan secara
            kebiasaan. Namun ia mestilah menepati dua ciri-ciri tersebut iaitu
            boleh dipegang dan boleh dimanfaati. Jika hanya boleh dimanfaati
            tetapi tidak boleh dikawal atau dipegang maka tidak dikategorikan
            sebagai harta. Akan tetapi berbeza pula dengan jumhur fuqaha’ dari
            kalangan    Malikiyyah,   Syafi’iyyah   dan    Hanabilah    yang
            mengkategorikan  manfaat  sebagai  harta  meskipun  tidak  boleh
            dikawal  zatnya  atau  dimanipulasi.  Kerana  bukan  syarat
            memanipulasi  zat  harta  itu  yang  dinilai,  namun  manfaat  dan





                                                                          126
                                           127
   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141