Page 133 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 133

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            menjana  pendapatan  tahunan  sebanyak  1.3  juta  USD.  (Bologna,
            2017).
               Zarinah (2018) melaporkan Ahmad Akid Zulkiflee berusia 16
            tahun yang terbabit sebagai Instafamous selepas mendapati laman
            sosial mampu menjana pendapatan. Ketika itu pengikut di Instagram
            cuma 30 ribu orang. Bermula dengan RM10 untuk satu video lama-
            kelamaan selepas pengikut meningkat, bayaran dinaikkan sehingga
            RM500 untuk sekali iklan. Nur Farrah Khairina Shahrul Muazam,
            17, di antara Instafamous remaja yang cukup dikenali di Malaysia
            disebabkan  memiliki  pengikut  yang  ramai  sehingga  mencecah
            577,000.  Beliau  mengenakan  bayaran  RM100  sehingga  RM300
            untuk satu video yang membolehkannya memperoleh pendapatan
            melebihi RM10,000 pada setiap bulan menerusi hasil ulasan produk
            kecantikan.
               Melihatkan kepada potensi ini, justeru kajian ini cuba meneroka
            ruang kenaan zakat ke atas pendapatan yang diperolehi dari media
            sosial  dengan  melihat  dari  aspek  hukum  dan  latar  belakangnya.
            Hasil  dapatan  artikel  ini  diharap  mampu  dinilai  sebagai  usaha
            memperkasakan kutipan zakat menerusi harta-harta yang baru dan
            bersifat semasa.

            PERMASALAHAN KAJIAN
            Artikel ini berlatarbelakangkan masalah kajian yang berikut:
            1.  Kedudukan pendapatan yang diperolehi dari media sosial dan
               kaitannya dengan kenaan zakat.
            2.  Apakah  pendasar  yang  menjadi  konten  media  sosial  menjadi
               pembolehubah terhadap kenaan zakat?

            OBJEKTIF KAJIAN
            Antara objektif yang ingin dicapai menerusi artikel kajian ini ialah:
            1.  Mengenalpasti kriteria harta kenaan zakat.
            2.  Mengetahui  pandangan  hukum  perolehan  pendapatan  dari
               sumber media sosial
            3.  Kriteria kenaan zakat kepada pendapatan hasil media sosial dan
               cadangan kaedah kiraannya.





                                                                          123
                                           124
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138