Page 137 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 137

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            perolehan  dari  yang  menjadi  sumber  kepada  harta  itulah  yang
            dinilai.
               Kerana itu sebahagian dari para ahli perundangan menyatakan
            bahawasanya hakcipta, harta intelek, royalti dan seumpamanya juga
            dianggap  sebagai  harta  kerana  menurut  mereka  cakupan  maksud
            harta itu adalah lebih meluas (Khafif, 2008)
            Secara  umumnya  difahami  konsep  perluasan  maksud  harta  dan
            kaitannya dengan zakat ini boleh diambil dari Firman Allah Ta’ala:

               Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah
               (di jalan allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-
               baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi
               untuk kamu (Surah al-Baqarah:267)

               Imam  Ibn  Kathir  (1998)  menjelaskan  berdasarkan  pandangan
            oleh  Ibnu  Abbas  yang  dimaksudkan  dengan  sebahagian  hasil
            usahamu  yang  baik-baik  itu  adalah  dari  segenap  harta  yang
            diusahakan, manakala menurut Mujahid pula menafsirkan sumber
            itu  adalah  perniagaan  yang  dipermudahkan  urusannya  bagi
            seseorang memperolehinya. Justeru, hasil usaha yang baik-baik itu
            adalah    secara   umumnya      tertakluk   kepada     kewajipan
            membelanjakannya ke jalan kebaikan dan antara perbelanjaan yang
            dianggap wajib itu adalah menunaikan kewajipan zakat.
               Namun,  tidak  semua  jenis  harta  secara  umumnya  tertakluk
            kepada zakat kecuali setelah memenuhi syarat-syarat tertentu. Al-
            Qaradhawi (1999) berpendapat terdapat enam syarat umum yang
            mesti  dipatuhi  oleh  semua  bentuk  harta  sebelum  zakat  boleh
            dikenakan kepadanya. Syarat-syarat tersebut ialah milik sempurna,
            perkembangan  atau  kesuburan  harta  (al-nama’),  cukup  nisab,
            melebihi  keperluan  asasi,  bebas  dari  hutang  dan  cukup  hawl
            (pusingan setahun hijrah).  Dalam  kajian ini akan  melihat kepada
            salah satu aspek yang terkait dengan fizikal harta itu sendiri iaitu
            dari aspek pengembangan atau kesuburan harta yang disebut sebagai
            al-nama’. Berdasarkan kaedah fiqh menyebutkan (Ismail, 1997):






                                                                          127
                                           128
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142