Page 125 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 125

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            (MAIPk), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
            (MAIK),  Majlis  Agama  Islam  dan  Adat  Melayu  Terengganu
            (MAIDAM) dan Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) melalui
            inisiatif  bantuan  pemberian  makanan  kepada  petugas  barisan
            hadapan seperti kakitangan hospital, pihak polis dan tentera dalam
            usaha  meringankan  beban  memerangi  wabak  Covid-19.  Sebagai
            contoh, MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM49,000 untuk
            menyediakan  bantuan  makanan  harian  sepanjang  PKP  kepada
            petugas  hadapan  di  hospital,  pelajar  serta  penghuni  institusi
            perlindungan (MAIWP, 2020).
               Selain  itu,  antara  hasil  ijtihad  yang  dapat  diperhatikan  dalam
            agihan  zakat  Covid-19  juga  dapat  dilihat  apabila  LZS,  LZNK,
            MAIWP,  MAIM,  MAIPk,  MAIP,  MAINJ  dan  MUIS  telah
            memperkenalkan  inisiatif  bantuan  baharu  iaitu  menerusi  skim
            bantuan  kepada  pihak  hospital  bagi  pembelian  peralatan  hospital
            seperti alatan bantuan pernafasan, katil bagi kegunaan pesakit dan
            lain-lain. Sebagai contoh, Misi Musa’adah Covid-19 yang diketuai
            oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku Menteri di
            Jabatan   Perdana    Menteri    (Hal    Ehwal    Agama)     telah
            memperuntukkan sebanyak RM 3.27 juta untuk disalurkan kepada
            tujuh buah hospital di Wilayah Persekutuan. Bentuk bantuan yang
            diberikan  adalah  merangkumi  peralatan  pernafasan.  Contohnya
            seperti  BIPAP  Machine  (ICU)  bernilai  RM80,000  setiap  satu,
            ventilator  ICU  bernilai  RM150,000  setiap  satu,  home  ventilator
            bernilai  RM90,000  setiap  satu  dan  peralatan-peralatan  lain  yang
            bernilai  antara  RM5,000  hingga  RM20,000  setiap  satu
            (BERNAMA, 2020).
               Semasa  Perintah  Kawalan  Pergerakan,  masyarakat  Malaysia
            tidak  dapat  untuk  menunaikan  ibadah  di  masjid  mahupun  surau
            seperti kebiasaan. Langkah ini diambil dengan mengambil kira sifat
            wabak  Covid-19  yang  berjangkit  melalui  sentuhan  yang
            membahayakan masyarakat awam. Inisiatif baharu yang dilakukan
            PBMAINS, MAINPP dan MUIS dengan memberi bantuan kepada
            masjid dan surau bagi tujuan pembersihan seperti nyahkuman amat
            membantu pihak jawatankuasa masjid dan surau untuk memastikan
            kawasan  beribadah  berada  dalam  keadaan  bebas  virus  Covid-19.




                                                                          115
                                           116
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130