Page 120 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 120
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
syumul agar mampu menjadi pelengkap kepada kehidupan Islam
yang sebenar. Syariat ini dapat merialisasikan pelaksanaan ijtihad
untuk kepentingan umum dan khususnya tidak mengira masa,
tempat, ataupun keadaan.
Agama sebagai fitrah semulajadi manusia juga merupakan
antara kekuatan syariat Islam yang perlu dipatuhi.Ia juga
mempunyai peranan besar dalam mempengaruhi jiwa manusia
untuk terus mengekalkan tradisi penghasilan ijtihad dalam
kehidupan bermasyarakat yang sentiasa mengalami perubahan
(Khaled Nordin, 2011). Selain itu kekuatan syariat Islam juga ialah
pada syariat akal, pemikiran, kebebasan, keadilan, persamaan,
syura, sistem, peraturan, perasaan , bertanggungjawab, toleransi,
mudah dan menolak sebarang kesukaran. Unsur-unsur ini menjadi
pendorong kepada pengeluaran ijtihad oleh para mujtahid selepas
dinilai dalam semua aspek termasuklah dalam maqasid syariah
sebagaimana firman Allah:
Maksudnya: (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah
menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran. (Surah al-
Baqarah: 185)
Islam menggalakkan penggunaan akal dan ijtihad dengan
memperbanyakkan kajian, pemerhatian, pemikiran, dan
perancangan agar nikmat akal itu digunakan sebaik-baiknya dan
tidak dibiarkan begitu sahaja.Penggunaan akal juga merupakan
bukti tentang perbezaan begitu ketara antara umat Islam untuk terus
mengaplikasi penggunannya sesuai dengan kehendak zaman (Faizul
Azmi et al., 2013).
Situasi negara kini yang terjejas ekoran daripada wabak Covid-
19 telah mewujudkan pelbagai keterbatasan yang digarisi oleh pihak
kerajaan bagi umat Islam untuk melaksanakan tanggungjawab
beragama seperti dalam hal berkaitan pengurusan dan pengagihan
zakat. Namun, ijtihad berkaitan zakat telah dikeluarkan seperti
pendekatan bayaran zakat secara online telah diharuskan di
peringkat Jabatan Mufti dan institusi zakat. Pembayaran secara
110
111