Page 124 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 124
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
tindakan berkaitan ijtihad mengenai pengagihan serta kaedah
pembayaran zakat.
Ekoran daripada situasi yang merunsingkan ini, ramai pihak
tampil memberikan pelbagai bentuk bantuan untuk membantu
memerangi Covid-19. Institusi zakat juga antara institusi yang
paling menonjol bagi menyalurkan bantuan semasa wabak melalui
insiatif bantuan baharu Covid-19. Meskipun pengagihan zakat
seperti yang dilakukan institusi zakat sedikit berbeza daripada
kebiasaan amalan agihan dilakukan selama ini, masyarakat perlu
jelas akan pengagihan zakat yang dilakukan institusi zakat ketika
wabak Covid-19 masih bertepatan dengan kehendak syarak melalui
kaedah ijtihad yang sudahpun dibincang, dikaji dan diputuskan oleh
institusi fatwa bersama MAIN.
Berdasarkan pemerhatian, pelbagai jenis inisiatif bantuan zakat
Covid-19 yang telah dilancarkan oleh institusi zakat. Pemberian
bantuan dengan menggunakan wang dana zakat yang diagihkan
telah membentuk dimensi baharu dalam corak pengurusan
pengagihan zakat negara. Hal ini kerana pada kebiasaannya, skop
pengagihan zakat hanya terpakai kepada asnaf lapan sahaja. Oleh
kerana wabak Covid-19, skop agihannya diperluaskan sehingga
golongan yang terjejas Covid-19 juga merasai wang bantuan
daripada institusi zakat. Ini jelas menunjukkan bahawa ijtihad yang
dibuat oleh institusi fatwa adalah penting demi menjaga
kemaslahatan awam dengan membolehkan bantuan menggunakan
wang dana zakat dapat diberikan kepada yang terjejas Covid-19.
Menurut penelitian penulis, institusi fatwa di Malaysia masih
belum mengeluarkan sebarang fatwa secara rasmi dalam hal
berkaitan bantuan zakat ketika wabak Covid-19. Adapun begitu,
penulis amat yakin bahawa proses ijtihad sudah tentu dilakukan
sehingga memperlihatkan kewujudan variasi inisiatif bantuan
baharu zakat Covid-19 yang dilancarkan oleh MAIN. Antaranya
ialah seperti yang dilakukan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS),
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Perbadanan
Baitulmal Negeri Sembilan (PBMAINS), Majlis Agama Islam
Melaka (MAIM), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu
Pahang (MUIP), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
114
115